Pra Olimpik

-27112011-

lepas tengok bola,
dan menyaksikan Malaysia kalah dengan Bahrain
2-3
terus je rasa emo semacam dan dengar lagu yang sedih2, jiwang2
eh jiwang?
haha tengah2 emo tetiba teringat kat dia plak sebab baru lepas chat dalam FB 
walaupun sekejap.
haha entah kenapa la dengan mood aku.
bercampur-aduk. kehkeh.

sangat-sangat terkejut, tinggal lagi 20 minit dan Malaysia telah berjaya 2-0
tetapi malang tidak berbau, tuah tidak disangka,
dalam masa 5-6 minit Bahrain berjaya kumpul 3 goal terus,
woahhh terkejut badak air aku..
caya laaaaa...

ternyata semangat Bahrain tetap kuat walaupun Malaysia dah mendahului mereka dengan 2-0 pada awalnya

kalah menang adat perlawanan,
walaupun kemenangan tidak berpihak pada kita
aku sentiasa berbangga dengan Malaysia, 
mereka dah buat yang terbaik,
perlawanan kali ini memang bersemangat sangat diorang.
insyaAllah lepas ni kita akan berjaya lagi :)



OFF. night :)





Tahun Baru Islam :)

-26112011-

Selamat Tahun Baru Islam :)
Salam Maal Hijrah :)



Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) 
dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). 
Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) 
dan doa awal tahun (1433H) ini 
supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan 
mendapat keampunan Allah SWT,
InsyaAllah


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.






Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.







Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Sumber: http://sitik.wordpress.com


Hobi

-25112011-

hey semua :D

harini aku ingin berkongsi tentang hobi.
anda ada tak hobi yang pelik sejak kecil?

aku ada 1 hobi yang agak pelik sejak sekolah rendah
iaitu mewarnakan gunting dengan marker.
HAHA  


tapi sejak kebelakangan ni, dah hampir lupa dengan hobi ni.
bila tengah kemas-kemas alat tulis aritu,
terjumpa gunting lama sejak sekolah rendah yang kesan marker nya dah
pudar.
then baru teringat time sekolah rendah dulu, rajin betul
nak mewarna kan gunting.
haha tak de kerja betul.

so apa lagi, rembat kakak aku punya marker,
dan mulakan lah operasi mewarna gunting tu..
hehe :P



SEBELUM






SELEPAS


tadaaaaaaa :D
hohoho

 agak2 ada tak yang berkongsi hobi yang sama?
cecite cecite

Yihaaa~

-22112011-

heyyyoo
semakin lama semakin malas mahu menghupdate blog buruk ni,
tapi disebabkan bosan yang melanda dek tak de siapa yang on9 yang boleh di bawa borak dalam FB,
jadi baik bawa diri ini ke alam blog pula, chewah gitu.

*********

tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjadi juara dalam perlawanan bola sepak, Sukan Sea semalam,
sangat bangga akan pasukan negara ini.
menjerit, melompat aku 1 keluarga bila tengok goal terakhir yang akhirnya telah berjaya menumpaskan pasukan Indonesia.
wohaaaa..

walau ape pun, kalah menang adat permainan, 
tiada guna nya menunjukkan tidak puas hati dan amarah dalam diri tu.
 keputusan tetap muktamad dan tidak boleh diubah.
  cara nak menang atau berjaya dalam sesuatu tu adalah USAHA. 
tanpa usaha lebih, kejayaan sukar untuk dikecapi. :)

**********

Birthday Kak Elya harini.
Happy Birthday Kak Elya,
Semoga Dipanjangkan Umur
dan
Dimurahkan Rezeki :)

**********

Bela Lemak

-19112011-

heyy u ollz :P

setelah sekian lama, baru terasa ada mood nak mengupdate blog buruk ni.
sepanjang cuti ini, masih belum terasa 100% boring, baru dlm 5% je sebab
banyak benda lagi yang nak dibuat.
main game sims 3 dlm lappy, on9 dan chatting dlm FB dan Skype, gelak sampai sakit perut dengan kawan-kawan, baca novel yang berlambak lagi tak dibaca, dan pelbagai lagi aktiviti yang masih mahu tapi malu * lol dan tak jemu dilakukan ;)

sejak cuti ni juga, terasa pipi semakin naik :( huwarghh
malu je semalam pergi sekolah ambil duit RM 100,
bila pakai tudung sekolah, perasan sangat yang pipi kembung sikit 
berbanding biasa. *padan muke

k, ni baru seminggu lebih cuti, belum genap sebulan lagi,
apakah agaknya nasib pipi comel gemuk ku nanti -..- hee
bila cuti panjang ni, susah nak control makan.
asyik makan eat makan eat makan eat,
buat kerja rumah pun bukanlah berpeluh-peluh macam berjalan-jalan kat sekolah.
kalau pergi sekolah, merempat 1 sekolah, dah berpeluh-peluh cair lemak dah
tapi bila duduk rumah.............huhuhu..
tetiba rindu sekolah :P hokhok 

nampaknya disiplin perlu ditingkatkan.
harus bijak mengawal nafsu makan dan mengurangkan aktiviti yang banyak lepak-panas-kan-punggung-di-kerusi, sebagai contoh : main game berjam-jam.
kata nak study tapi minggu ni masih belum terasa nak study..
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa 
insyaAllah minggu depan ;) kehkeh

semakin lama menaip, semakin banyak perkara mahu dimerepek dikerepek kan,
so 
tataaaaaaa~


note: ehh esok 20112011 la, comel je tarikh tu ;) hee


Célébrer #part 2

-12112011-

hey peoples
currently sangat bosan sekarang,
jadi daripada masa terbuang begitu sahaja,
baik buat entry baru dan baca blog orang lain ;)
heee poyo je den..
sebenarnya memang niat nak mengupdate blog pun,
bukan sebab bosan baru nak update, kihkih >.<

pagi tadi celebrate birthday yang dipost pone kan bersama keluarga tersayang :)
makan-makan di Secret Recipe dan lastly ke Tutti Frutti..

tak tau nak cerita apa, 
tengok jela gambar ni :


minuman kegemaran, ice blended Green Tea :D


chocolate cake, agak pekat ar juga rasa coklat dia..
sesiapa yang terlalu obses dengan coklat mungkin suka la..
hee



tak ingat ape nama dia, tapi ni keluaran terbaru, nyummehh..
 i loike cheese <3 sebab tu gemuk kuikuikui





perisa Peach dan Yakult..haha tak sangka ada perisa Yakult -.-


makanan berat time kat SR tu tak sempat plak capture sebab dah meleleh tengok kelazatan nya
 then terus ngap sampai licin..
haha ayat cam tak senonoh je.

*****
akhir kata,
dipanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan aku peluang menyambut
birthday bersama keluarga dan kawan-kawan tahun ini tanpa sebarang masalah 
dan dapat pelbagai benda dan perkara yang membuatkan aku gembira..
Alhamdullilah..
terima kasih Allah :')

harap-harap tahun-tahun yang akan datang diberikan lagi rezeki 
yang sangat-sangat ku hargai seperti ini lagi..Amin :)






Baby Girl

-111111-


Alhamdullilah..
isteri kepada cousin sulung ku 
selamat melahirkan anak pertamanya Maghrib tadi :)
yei saya dah dapat anak saudara :D  haha

untungnya lahir pada tarikh yang cantik ni ;)
hee tahniah Abg Alim dan Kak Ca'a <3

tak sabar nak blikan hadiah untuk si comel tu <3 heeee

Fridayy 111111

-11112011-


hey semua~

harini Jumaat.
hari yang istimewa berbanding hari-hari yang lain.
dan tarikh pada hari ini juga istimewa dan cantik berbanding tarikh-tarikh yang lain.

tarattatta~

11.11.11

auuuu untungla siapa punya hari istimewa pada tarikh hari ini :)


Cuti Cuti

-10112011-

hey readers
harini telah bermulanya cuti sekolah!
wuhuuu!
ok fullstop
nama je cuti tapi tak boleh terlalu bercuti sangat
SPM daboom daboom
semakin lama semakin menghampiri
masa berlalu terlalu pantas
masih banyak perkara yang masih belum cover,
yang masih belum lekat sepenuhnya kat otak aku.

Sejarah.
subjek pertama yang isi-isi di dalam nya tersangat-sangat
degil nak melekat dalam otak aku sejak form 1 sampai sekarang.
subjek ini yang paling aku kena struggle bagai nak rak cuti ni.
sejarah, aku akan cuba untuk menyayangi mu dan tolonglah sayangi saya juga T.T sob sob

dan subjek-subjek yang lain juga.
perlu study lebih cuti ni.
insyaAllah, akan ku cuba dan usaha.

********

sepanjang tahun menjadi form 4 ni,
terlalu banyak kenangan pahit dan manis dan pengalaman baru yang aku dapat dan pelajari.
semua perkara ini membantu aku untuk belajar supaya sentiasa berfikiran positif dan matang.
membantu aku mengenali makna kesabaran.
membantu aku belajar sentiasa mengingati kematian dan hari Akhirat, bukan benda-benda di dunia semata-mata.
membantu aku untuk sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua.
dan pelbagai lagi..tak cukup 2 hari kalau nak senaraikan semua dalam ni ;) hihi

dan yang tak akan ku lupai,
tahun ni telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam keluarga aku dan keluarga belah ayah aku.
abang kepada ayah ku selaku ayah saudara ku telah kembali ke rahmatullah pada 19.10.2011.
Al-fatihah.
sayu dan sedihnya di hati ini biarlah Allah sahaja yang tahu.

yang pergi tetap akan pergi. yang masih hidup, perlu meneruskan kehidupan.

******







Célébrer

-9112011-

aummmm~




aummm~

hahaha ok let's start!



semalam pergi celebrate ma birthday with ma best friends, Hani dan Nabila
kat JJ Bukit Raja.
meet pada pukul 12 lebih,  
bincang-bincang dan beri tunjuk ajar jap pasal folio Akaun kat foodcourt
(sempat lagi bincang jap pasal folio Akaun -.- kuikuikui)
then pukul 2.15 masuk wayang tengok movie In Time..
pada asalnya nak tengok Shark Night



aummm~

tapiiii..sob sob isk isk.. 18 ke atas.
k fine, walaupun kami nampak macam 18 ke atas #perasan
tapi tak nak la ambil risiko,
kot2 abang kakak tukang ambil tiket tu terlebih rajin nak cek ic 
habislah kantoi kami sekampung sekawan yang kami adalah kanak-kanak riang berumur 16 tahun
-.- aiseh man.

jadi disebabkan tak nak ambil risiko tak boleh masuk dan tiket burn gitu je,
 kitorang pon tengok jela In Time, 
tak sangka best gilew you know,
aku suka idea pengarah dia,
duit ditukar menjadi masa
dan masa itu adalah nyawa mereka.
tanpa masa yang bagaikan nyawa, maka mampuih (mati) lah mereka.
hah kalau tak faham, korang kena tengok sendiri lah cerita ni,
best tau, tak rugi tau, hero dia Justin Timberlake tau,
handsome tau, heroin dia pun comel tau, jangan terpikat tau..HAHAHA

habis movie, maka perut raksaksa  manusia-manusia ini bernyanyi nyanyi seperti Justin Timberlake menyanyikan lagu Sexy Back
lalu kaki-kaki manusia ini terus bergerak laju menuju ke foodcourt yang berhampiran.
mari lihat gambar mereka melantak..



ambuih happy naa dapat makan..





kueytiaw ladna, om nom nom..nyummy!


perut kenyang hati senang,
sempena birthday den,
mari den belanja dessert di Baskin Robbins pula :D
kehkeh



Banana Split <3















muka happy hati riang.. haha






disebabkan masa yang tidak mengizinkan,
tak dapat nak window shopping lama-lama..
hmm takpelah, mungkin di hari lain pula kan, insyaAllah ;)

terasa birthday celebration tahun ini lebih best daripada tahun lepas,
Alhamdullilah :)


terima kasih kepada Nabila, Ia dan Fazira yang wish dalam message fon pada hari tersebut
BF(s)F ok! :D

oh oh
Birthday Nabila harini, 
Happy Birthday Nabila
Semoga Dimurahkan Rezeki dan Dipanjangkan Umur <3


sampai disini sahaja coretan ini.
tata :P




Jour de Naissance :)

-8112011-


sekarang pukul 1.16 a.m
tarikh pada 8 haribulan 11
ce teka hari apakah hari ini?
yeah hari Selasa,
dan
hari yang istimewa bagi seorang kanak-kanak remaja yang baru memasuki usia 16 tahun #dah nak habis sekolah baru umur nak cukup 16, haih

achewah..

Happy Birthday To Me, hai saya semakin muda tua :D kuikui

ratusan ribuan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan ku yang wish pada malam ini,
really-really appreciate ok, :')

Thanks to Kak Elya yang post gambar hasil tulisan sendiri dan wish paling awal di wall FB ku, #rujuk gambar di atas dann wish lagi sekali dalam message fon pula pada pukul 12 a.m :) 

Thanks to Fiqa yang sanggup call semata-mata nak wish dan message fon pula nyanyi lagu Happy Birthday, malu katanya nak nyanyi time on the phone, then wish lagi kat wall FB..kehkeh :) 

Thanks to Hani yang wish awal 5 min sebelum kul 12 a.m time tengah on the phone bincang pasal folio akaun then wish dalam message fon dan wall FB sekali lagi :) kihkih

sangat-sangat terharu dan menghargai apa yang korang buat, sayang korang ketat-ketat ok :'D

Love ma BF(s)F <3

oh tak lupa juga kepada rakan-rakan yang dah wish dalam FB, thanks banyak-banyak :)

tunggu entry seterusnya!
tata :D









Hari Koku

-5112011-

hey semua,
kesibukan menyiapkan folio Akaun yang berlambak menyebabkan
aku tiada masa untuk mengupdate blog buruk ni,
cara cakap mcm korang kisah sangat kaaannn..hihi
so ni pun curi-curi masa untuk menaip entry ini sambil mengedit gambar yang diambil semasa
Hari Koku yang berlangsung pada Jumaat 4 Nov 2011 yang lepas..

disebabkan tiada masa yang cukup untuk membebel menceritakan tentang Hari Koku semalam, korang baca jela entry kawan aku ni ---> Fiqa
sonang kojo den takyoh cito popanjong kuikui

dan renungi tengok-tengok lah beberapa gambar terpilih di bawah ini okey :P hakhak















  promote novel yang kubeli  :P haha


show off show off :P hahaa


kuikuikui






wajah-wajah keriangan : dari kiri, Fatin, Ila dan Iman :)









ma bestfwen foreva and eva : dari kiri Hani, Fiqa dan Fazira :)

ini jelah gambar-gambar yang boleh menjadi tatapan semua, ada 100+ lebih gambar dengan bermacam-macam gaya, memang taklah nak masukkan semua dalam ni, takut korang pengsan mulut keluar buih je bila tengok nanti :P kihkih joke

oh ku ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh negara, maaf zahir dan batin :)






7 Sunnah Untuk Diamalkan Setiap Hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud

Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya

membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid

Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha

Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari

Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus

Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Ali r.a

-3112011-

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut..amiin..

November

-1112011-




hari pertama bulan yang dinanti-nantikan selama ini 
berakhir penuh dengan dugaan.

masyaAllah..

harap2 esok lebih baik daripada harini dan semua urusan dipermudahkanNya..InsyaAllah.
amin.