Ramadhan

-1082011-

Assalamualaikum.

kepada semua umat Islam di dunia ini,
selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini.
tingkatkan amal ibadah kerana bulan ini adalah bulan yang mulia, yang cuma datang sekali sahaja dalam setahun.
semoga bulan ini kita diberkati dan segala usaha kita dalam melakukan amal ibadah diterima oleh Allah S.W.T.
amin..
:)

Tuesday :)

-26072011-


hey readers :D
yaww hari ni dan esok aku tak perlu ke sekolah :D
sebab apa?
sebab hari ni Hari Sukan dan esok pula cuti sempena hari sukan tu..
actually cuti tu juga digabungkan sekali dengan cuti sempena 1 murid 1 sukan 1 malaysia..memang saja je kan tak bg kitorang cuti dua kali.. -.-

haha tapi takpe la sebab harini pun dah kira cuti la juga bagi aku sebab tak pergi pun hari sukan tu..hmm ada la sebab2 yang tertentu kenapa tak pergi..hihi tapi insyaAllah tahun depan aku pergilah sebab tahun yang terakhir kan menjadi pelajar sekolah menengah..chewah..haha..

hmm plan pada hari ini nak study di awal pagi, tak pun, nak siapkan kerja sekolah..tapi entah nape selepas menikmati nasi lemak sambal ikan bilis tersedap di dunia ditambahkan pula dengan ayam goreng yang rangup sehingga menjilat gigi, tetiba terasa cam nak lepak jap sambil menonton movie..haha terok punye perangai kan, ecehh macam la korang tak pernah kan jadi camni #nak samakan juga dengan orang lain, ayat nak cover je :P

jadi, movie yang terpilih pada hari ini adalah...
jeng jeng jeng..




semangat nak tengok cerita ni sebab :

1) tak dapat nak tengok time ditayangkan kat wayang
2) ramai cakap filem ni adalah diantara filem yang agak seram daripada filem2 yang lain
3) tengok trailer macam best je

k, bila dah tengok rasanya tak dela seram sangat..nak tau kenapa aku kata tak seram sangat?
sebab time hantu dia nak keluar dan main cak-cak dengan muka comelnya, aku scroll kan sikit video tu ke bawah..so tak nampak sangat la hantu nya dan tak juga merasai ke-seram-annya sangat..muahaha :P
sesiapa yang penakut nak tengok cerita hantu sorang2, boleh lah mengamalkan tips ini, dapat mengelakkan jantung anda daripada berdegup kencang bagaikan ribut dan menjaga anak tekak anda daripada menjerit ke-histeria-an..hehoheho

keseluruhan filem ni aku boleh bagi star 3/5 la..
ada beberapa scene yang tak berapa best dan serabut sikit..

apa2 pun tahniah la kat pengarah filem ini sebab dah berjaya menghasilkan filem yang sedikit sebanyak memberikan juga pengajaran kepada penontonnya.. :)


ok, itu sahaja untuk hari ini, nantikan entry yang seterusnya pula :D
tataaaaa~



p/s : tekan perkataan 'khurafat' tu untuk ke link video filem itu..btw,video tu tak berkualiti sangat dan kurang sharp, disyorkan beli lah cd original untuk mendapatkan kualiti yang baik, nak tengok hantu dengan lebih jelas pun senang, kuikuikui ^.^









Bagaimana Untuk Atasi Kegagalan:

Berkawan rapat dengan seseorang yang memahami anda, memahami aspirasi anda dan tahu apa matlamat anda.

Kita memerlukan seseorang sebagai orang yang memberi semangat pada diri kita.

Pada orang ni lah kita curahkan segala kesedihan, kesengsaraan.

Pada dia jugalah kita titiskan air mata dek tak tahan menanggung kesusahan.

Nak berjaya bukannya mudah. Banyak cabaran menanti.

Setiap cabaran tu akan mengguris emosi kita dengan pedih sekali.

Kita perlukan seseorang untuk kita luahkan perasaan supaya kita rasa tenang dan supaya kita bersemangat semula.

Kalau tak ada seorang kawan yang memahami, kita tak tahu bagaimana mahu melepaskan tekanan emosi.

Kita akan jadi murung, terlalu sensitif hingga hilang pedoman meneruskan hidup.

Tetapi, ingatlah, jika kita tidak menjumpai kawan yang memahami diri kita, kita masih ada kawan yang terbaik dan setia menemani kita.

Kawan terbaik tidak lain tidak bukan adalah ibu atau bapa kita sendiri sebab mereka memahami kita luar dan dalam.

Ibu dan bapa kita menyaksikan kita membesar di depan mata.

Hanya mereka yang betul-betul faham kita ini bagaimana.

Jika anda menghadapi apa-apa masalah berat, luahkan di depan ibu atau bapa anda, atau kedua-duanya sekali.

Menangislah semahu-mahunya untuk melepaskan tekanan.

Kesannya anda akan rasa lebih selesa selepas itu, tekanan mengurang, anda rasa optimis mengejar matlamat.

Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anaknya berjaya.

Beritahu apa matlamat anda pada mereka, dah tentu mereka sokong punya. Minta doa restu daripada mereka.

Perlihatkan pada mereka anda seorang yang rajin, bekerja keras mencapai kejayaan supaya mereka merasa bangga.

Bila hati mereka sudah bangga, pasti ada redha.

Redha Allah pada usaha kita terletak pada redha ibu bapa pada diri kita.

Mudah-mudahan dari redha yang kita dapat tu, perjalanan kita menuju kejayaan dipermudahkan.

Kawan

-21072011-




agak susah kan bila kita dapat kawan yang tidak memahami diri kita.
tidak kiralah dah kenal lama atau baru kenal, bila tiada sifat memahami diri seseorang itu, hubungan itu semakin lama semakin rapuh dan susah untuk berkekalan.
kadang-kadang sifat cemburu juga boleh membuatkan diri seseorang itu tidak memahami kawan dia sendiri terutama ketika kawannya dilanda masalah.
sedangkan perkara yang dia cemburui itu adalah cuma perkara yang kecil dan sebagai kawan yang sudah lama kenal, tiada sebab untuk dia mencemburui perkara yang kecil itu.
jika perasaan cemburu dan tidak memahami itu berterusan, perkara2 yang kita tak nak berlaku itulah yang akan berlaku seperti bergaduh, putus hubungan dan yang paling teruk sanggup membunuh. MasyaAllah..hanya disebabkan iri hati dan terlalu mengikut nafsu, perkara2 beginilah yang selalu terjadi dalam dunia ini.
harap2 perkara seperti ini tidak akan berlaku dalam hidup kita.
siapa yang suka putus hubungan kan?

Allah sendiri murka jika hambanya saling bergaduhan dan memutuskan sesuatu hubungan itu.

semoga kita mendapat kawan yang sentiasa memahami diri kita sepanjang kehidupan ini. amin.. :)

I'm Back :D

-19072011-

hey readers sekalian :D
hee hampir 2 minggu blog ni under construction,
memang banyak yang mahu diubah tapi tak 100% sudah diubah ikut kehendak hati sebab masih tak tau sepenuhnya pasal edit2 blog ni, hee..
takpe, slowly dulu..masih banyak yang perlu kupelajari dalam dunia blog ni :)

harini adalah hari yang agak menyeksakan di sekolah..
mood tak tentu hala..kalau gelak2 pun tak macam gelak sebelum ni..
sedih, marah, bengang, stress, penat semua ada..
macam2lah benda terjadi harini, kalau diikutkan hati nak je meleleh kat sekolah tadi bagi meredakan perasaan yang bergelora tapi dikuatkan juga hati ini agar bertahan dan buat macam biasa. ;)

haa ini lah dugaan sebagai pelajar sekolah menengah kan?
nanti bila dah kerja, study kat U, dah kahwin, dah ada anak, dugaannya lain pula kan?
memang hidup makhluk Allah kat bumi ni tak pernah putus dengan dugaan,
tapi bila difikirkan semula sebenarnya dugaan itu lah yang akan menjadikan kita lebih matang dari sebelumnya, menjadikan kita lebih kuat dan sentiasa mengingati Allah :)

hee harap2 esok akan lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.




-9072011-

this blog is under construction,
hopefully can wait :)
thank you :)

Borangan

-6072011-

hey semua :)
harini nak cerita pasal berangan..
siapa suka berangan, angkat bulu mata!
ok dah dah cukup, tau la bulu mata korang lawa-lawa en ;)
hihi..
act, terlalu banyak benda yang aku berangan,
tapi nak cerita 1 je la..
tahun ni aku berangan ada budak baru masuk kelas aku..
tak kira lah laki ke perempuan, kalau laki pun ok jugak :P hehehe..
ok ni kalau laki la,
aku jadi rapat dengan dia, dia suka aku, aku suka dia..ceh ceh tak nak kalah gitu..
ok dah nama pun berangan mesti lah nak mengade ngade sikit kaaann, eleh macam la korang tak pernah nak berangan gitu..hehe..

ok untuk pelajar perempuan baru pula, tak de la nak berangan sangat sebab tahun lepas dah pernah dah terjadi, ada budak perempuan baru masuk kelas aku..memang jadi rapat lah, keluar outing bagai, selalu lepak-ing kat playground, then sekarang dia dah pindah ke Ampang..hurm sedih la juga sebab tak dapat nak cipta kenangan banyak-banyak dengan dia, dapat setahun je..

ok berbalik pada berangan, harap-harap sangat ia nya terjadi, bukan nak menggedik, tapi just nak mencari kawan rapat/baik lelaki, bukan tak cukup ada kawan rapat perempuan, tapi sebab dah terlalu lama tak de kawan baik lelaki, yes malas nak ungkit perkara lama camne aku boleh kehilangan kawan baik lelaki, benda dah lepas en..
tapi kalau memang tak de lelaki yang boleh ngam jadi kawan baik aku suatu hari nanti, tak pela, aku bukan nya desperate, kalau tak de takpe, kalau ada tu ada la, syukur je la..cukuplah ada kawan-kawan baik perempuan yang memahami en? syukuri apa yang ada bak kata D'masiv dalam lagunya Jangan Menyerah ;)


mungkin ada yang mengatakan "elleh, apa la kau ni, berangan entah pape, buang masa je, baik pergi study ke, tolong mak masak ke"
yes memang betul, daripada berangan baik pergi study ke apa ke tapi hello, tak salah ok kalau kita berangan, berangan ni hanya aktiviti sampingan je, yang penting jangan la berangan yang sampai dah tak ley buat kerja lain, sampai makan tak selera, sampai mandi tak basah, tu dah tak normal la..sebenarnya berangan ni membantu kita untuk lebih semangat membuat sesuatu, contohlah ada yang berangan nak jadi doktor, dia nak jadi doktor yang terbaik, then 1 dunia kenal dia, secara tak langsung bila dia berangan camtu, dia akan menjadi lebih semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita/impian dan angan-angan dia tu..yang penting adalah selepas berangan tu, kita berusaha untuk mencapai nya..

Berangan lah seberapa jauh yang anda inginkan. Kejarlah impian. Minta padaNya dan usaha untuk medapat keredhaanNya. Insya Allah, tercapai juga impian anda satu masa nanti. Kalau bukan sekarang, mungkin masa ada yang kurang lagi. Muhasabah diri dan lihat mana silapnya.

petikan dari khairulfadhli

eh eh apasal aku bertaklimat pasal ni pulak, haha saja nak meluahkan pendapat dari dalam hati ni bagi yang tak suka fikir positif pasal topik ini..apa-apa pun kata-kata semua ini tidak dituju pada sesiapa, cuma luahan dari fikiran dan hati seorang insan biasa :)

ok la itu saja kawan-kawan,

have a nice night,
jangan berangan yang bukan-bukan tau #hehe tetibe
tata <3





Allah Ajarkan Membawa Jiwa MenghadapNya

hanya kepada Allah sahaja kita dapat memperolehi ketenangan yang total, bagaimana caranya? baca la article ini sampai habis dan renung-renungkan :)

Kita terdiri dari jasad dan jiwa (ruh). Kita sebenarnya adalah jiwa itu (ruh) yang nantinya akan dipanggil Allah kerana ianya adalah milik Allah dan pasti akan satu hari dipanggil Allah.

Setiap kali kita solat, Allah memanggil jiwa kita untuk datang kepadaNya, bukan sekadar jasad. Tapi sekian lama yang datang menghadap Allah hanyalah jasad kita tetapi tidak jiwa kita. Justeru kita harus belajar untuk datang kepada Allah dengan jiwa kita bukan sekadar jasad. Kita harus belajar mengaktifkan jiwa kita.

Pada hakikatnya selama ini jiwa kita telah sering kali juga kita aktifkan. Contohnya ketika menghadapi musibah, bayangkan bagaimana jiwa kita menghadap Allah. Seluruhnya kita hadapkan ke Allah, tidak memikirkan yang lain, kita total memohon pada Allah. Ketika kita membawa kereta (setelah bertahun-tahun pandai membawa kereta), jiwa kita yang mengendalikannya. Bayangkan bagaimana kita mengelak sesuatu ketika memutarkan stering, kita mengelakkan dengan jiwa kita terlebih dahulu.

Bayangkan pula ketika kita bersukan dulu, kita bermain bola atau bola jaring atau acara olahraga lumba lari. Cuba bayangkan betapa jiwa kita yang berlari ke sana ke sini dan badan kita hanya ikutkan saja. Kita mengikut jiwa kita selama ini. Ketika kita mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran atau mendapat kenaikan pangkat, jiwa kita bahagia dan seluruh tubuh kita akan ikut bahagia. Ketika kita marah, jiwa kita tak tertahan rasanya dan badan kita akan ikut marah (ada kalanya sampai ada yang menggeletar kerana kemarahan). Itu antara contoh-contoh bagaimana kita sudah pernah dan biasa mengaktifkan jiwa.

Hakikatnya kita semua punya jiwa dan kita sudah biasa mengaktifkan jiwa kita. Justeru mari kita bawa jiwa kita mengadap Allah ketika solat. Hadapkan wajah ke Allah (mengadap kiblat).Jasad sudah siap, sekarang siapkan jiwa untuk berjalan menujuNya. Bawa jiwa kita ke Allah, tinggalkan jasad ini, dan perlahan-lahan bawa jiwa ke Allah. Kita akan dapat merasakan gerakan dari dalam, ada yang bergerak, menuju yang tak terbatas. Kerana kita belum mahir, lakukan dengan perlahan-lahan dan rasakan ada gerakan dari dalam. Bawa jiwa itu menujuDia Yang Tak Terbatas .

Sekarang takbirlah , Allahuakbar . tangan hanya sampai di dada (untuk perempuan) tapi jiwa terus mikraj ke Allah. Perlahan-lahan bacalah doa iftitah, bacalah dengan jiwa kita, bacaan dari jiwa lain dari bacaan hanya dari mulut. Sambung dengan al fatihah dan ayat yang mudah sambil jiwa terus bergerak ke Allah (jiwa dituju ke Allah).

Seterusnya bawa jiwa untuk tunduk dan rukuk, biarkan dia turun untuk rukuk dan badan akan mengikut saja. Lakukan dengan perlahan dan rasakan ada gerakan yang membawa jasad kita untuk rukuk. Kita rukukkan jiwa kita, selama ini hanya jasad saja kita bawa untuk rukuk. Setelah kita jatuh untuk rukuk, perlahan-lahan letakkan tangan di atas lutut dan bawa jiwa terus ke Allah dengan dalamnya, terus, terus, terus jangan berhenti, terus ke Allah dan kita akan dibawa ke satu daerah yang sangat dalam, luas tak terbatas.

Bangkitlah untuk iktidal dan bangkit juga dengan jiwa, jiwa akan bangkit dulu dan badannya akan ikut kemudian, serahkan segala pujian ke Allah (jiwa yang menyerahkan pujian ke Allah)

Kemudian bawalah jiwa kita untuk sujud ke Allah, dia akan segera untuk sujud, belum jasad kita sampai ke bawah, jiwa sudah sampai. Dan terus sujud, dengan dalamnya, terus bawa jiwa untuk sujud sehingga kita akan rasa ada gerakan ke bawah sehingga merasa menembus bumi hingga dalam yang luas tak terbatas. Rasakan ketenangan yang dialirkan Allah ke dalam jiwa ketika itu, biarkan, rasakan, nikmatilah keindahan sujud itu. Tidak mahu bangun dari sujud? Ya begitulah nikmatnya yang tak terperi. Teruskan sujud dengan dalam. Kemudian dengan jiwa itu pujilah Allah dengan bacaan subhanarabbiyal 'ala wabihamdi.

Bangun dari sujud dan bawa jiwa untuk duduk, jiwa akan duduk dengan sopan dan akan terus rasa dilihat Allah tanpa hentinya. Tidak perlu kita bersusah payah untuk merasa dilihat Allah. Bila kita pergi ke Allah dengan jiwa kita, automatiknya akan rasa jiwa dilihat Allah kerana yang merasa itu adalah jiwa dan dia sedang menuju ke Allah yang luas tak terbatas dan yang yang sangat menenangkan jiwa apabila bertemuNya. Tidak perlu dipaksa untuk sedar ke Allah kerana yang sedar itu adalah jiwa dan apabila jiwa itu di bawah ke Allah pasti dia sedar ke Allah sebab dia sedang ke Allah.

Bacalah bacaan duduk antara dua sujud dengan jiwamu, kemudian bawa jiwa itu sujud kembali dan duduk tahiyat akhir bagi memberikan penghormatan tertinggi kepada Allah dansalam hormat buat Rasulullah saw, para sahabat dan para solihin.

Diakhiri dengan salam juga dengan jiwamu.

Sahabat yang dirahmati Allah, jiwa yang sentiasa ke Allah itulah jiwa yang mengingati Allah, maka di berikan ketenangan dan dilimpahi cahaya Allah yang akan membimbing jiwa itu. Jiwa yang tidak bisa melihat, tapi dibimbing oleh Yang Maha Melihat.

Bagaimana untuk membawa jiwa total ke Allah?. Ingatilah bagaimana Siti Hajar membawa jiwanya ke Allah apabila sudah tidak ada pergantungan pada suami, pada air, pada makanan, atau pada sesiapa saja. Hanya ada Allah dan jiwa itu di bawa total menyerah ke Allah.

Apabila terasa tidak sedap di dalam jiwa (tidak tenang), berhenti dan bawa jiwa ke Allah untuk bertanyakan. Allah akan mencampakkan ketenangan ke dalam jiwa itu dan kemudian insyaAllah di berikan petunjuk.

article from iluvislam.com

Kenapa Aku Masih Solo

article yang bagus dari iluvislam.com :)
renung-renungkan dan selamat beramal :D

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Kenapa Perempuan Masih Lagi Single?

aku terbaca article ni dari blog <---- ni.
entah kenapa terasa syiok nak kongsikan bersama.
ini untuk orang-orang single sahaja termasuk aku ;) hehe
dah baca tajuk?
nah, ni sebabnya:

Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))

Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D

Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat yang lain, anda boleh kongsikan bersama kami semua di ruangan komen di bawah. Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat. :x

terasa salah satu sebab-sebab ini berkaitan dengan diri anda? renung-renungkan :)


untung bukit beruntung

-3072011-


untungnya orang yang tengah bercinta ni kan.
hari-hari dibuai dengan ucapan manis dari si dia.
hari-hari fon berbunyi/vibrate.
hari-hari tersenyum.
hari-hari dipujuk.
hari-hari dimanjakan.
hari-hari berbual pelbagai topik.
hari-hari tak terasa sunyi.
ye mungkin tak semua hari-hari merasa semua ni tapi sekurang-kurangnya mereka terasa diri disayangi kan.
untung, tersangat untung.



hurm, rindu kenangan dulu.
tapi semua itu dah lepas.
semua itu dah berlalu.
semua itu dah pergi bertahun-tahun yang dulu.
semua itu dah tertanam.
semua itu dah tak kan kembali.
terimalah kenyataan.
yes, terimalah.


but....
i hate this feelings :/


1 murid 1 sukan 1 malaysia

-2072011-

hey semua!
harini 1 Malaysia buat larian merentas desa sejauh 1.6 km gitu..
korang semua pergi tak? ke duduk goyang kaki depan tv je? :P hehe
sesiapa yang pergi tu akan dapat 17 markah koku dan sijil peringkat kebangsaan tau! :D
ok untuk kat Shah Alam, aktiviti tu buat kat padang kemerdekaan, dekat-dekat dengan muzium tu..tadi sampai2 je dalam pukul 7 tu dah ramai bangat orang, sesak cam sardin dalam lori, nak daftar pun susah, tercari-cari guru kelas dalam ramai-ramai tu..huh nasib baik Hani dah tolong daftarkan nama aku ;) hihi
then lepas daftar tu, kitorang pun lepak-lepak la jap kat padang tu, orang lain sebok aerobik, warm up semua, kitorang sebok sembang, gelak-gelak dan ambil gambar, bagushh tak? tak bagush tak bagush..haha :P








(gambar agk byk noise, kurang sharp plak bila masuk dalam ni -..-)










bila dengar bunyi tembakan, barulah kitorang bergerak ke jalan raya, haha..



ewah, laju nye lari :P



bergegar jalan dek ramai nye orang :P haha


antara sekolah yang terpilih, SMK Seksyen 9,


SMK Seksyen 7, SK Raja Muda, SK Bandar Anggerik



SSAAS dan banyak lagi, tak ingat la semua..
oh oh sekolah sukan pun ada, semua mamat body mantop, taff duhh..haha gataii plak :P :D



kitorang se-geng tak lari pun, tak ley nak lari kot, sesak sangat..haha..
k sudah selesai berjalan, duk lepak jap..





antara aktiviti selepas nya,
pancaragam, cheerleading, persembahan nyanyian, persembahan
gimnastik artistik dan lain-lain lagi
tapi gambar pancaragam je sempat ambil, yang lain tu tak sempat+khusyuk sangat sampai lupa nak ambil+sesak sangat+tak best untuk diambil gambar, haha :P




then lepas tu berjalan kaki lagi pergi Sacc, tengok-tengok tak bukak lagi kedai-kedai semua, yelah baru pukul 10 time tu, pekerja pun ramai tak datang lagi, kitorang je cam orang gila merayap dalam tu, haha dah merayap dalam tu, pergi PKNS pulak, round2 then dalam pukul 11, pergi balik ke Sacc, melantak kat Noodle Station, semangat promote kat diorang yang paling sedap thai noodle spicy :) hehe


menunggu hidangan dengan penuh kesabaran :P




yeih ice blended cappucino with chips chocolate, eh cappucino ke coffee je eh, hmm tak ingat plak..hahah..sedap auuu, dia blend chip chocolate tu, sedap macam aku buat jugak..haha #tetibe

then hidangan pun sampai, dek terlalu banyaknye mee tu 1 pinggan besar, diorang tak habis makan..aku je habis, mudak baik kan, tak elok membazir..hahaha jangan marah,korang :P

lepas melantak tu, pergi la jalan ke Convention Center, dekat dengan SACC tu, ada pesta buku, aku beli 1 je novel, Nuansa Kota Merah..syiok jugak novel tu walaupun baru je baca separuh ;) hihi..
selepas itu, pergi jalan ke PKNS semula, window shopping, tergelak-gelak sakan dalam gedung tu, cam tak nak kalah, kitorang je yang kecoh dalam gedung tu, haih anak sapo la tu, buek malu mak bapak jewwww :P hihi..then aku jumpa 1 cardigan warna merah hati, beli sebab warna dia lawa dan kena dengan size aku, lagipun aku kekurangan cardigan sbb susah nak cari size, selalu jumpa mesti lengan sempit mempit rempit, opss :) hehe..
lepas bayar, round2 marry go round lagi, memang tak boring round tempat yang sama bila dengan kawan-kawan ni, syiok je <3
dalam pukul 2 baru aku balik, memang best sangat harini,
tak terasa penat sangat..
happy dapat outing dengan bestfriends walaupun tempat yang dekat-dekat je, tempat tak kisah, asalkan happy dapat meet each other :)

ok la itu sahaja untuk kali ini, sekian terima kasih :D