JJ

-1092011-

hey hoi :D

semalam pergi jalan2 di JJ Bukit Tinggi,
huh ramai sungguh orang bila dah start lunch
tapi majoriti nya cina, india, indon, bangla, dan lain2 lagi.
melayu ada dalam beberapa orang je, tu pun kebanyakkannya pakai baju kurung/baju melayu,
mungkin baru lepas beraya kat rumah kenalan then gi beraya kat sini plak..
haha comel betul :D

umm just a short update,
tengah boring, hehoheho
will update later.
tata~



oh oh hai September,
be nice to me, my family and friends k?
love ya~haha :D





Mimpi

dah 3 kali mimpi dia.
2 kali mimpi dia datang sekolah dan berjumpa dengan aku.
dan..
sekali mimpi yang agak merepek yang melibatkan classmates aku.

hee..

semua ni buat aku rindu kat dia balik.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

-31082011-


!! SELAMAT HARI MERDEKA !!

kepada semua rakyat Malaysia,
hargailah negara kita yang aman damai ini,
jangan biarkan negara ini dijajah oleh anjing penjajah lagi!

Raya Pertama


hey hey
camne di hari raya pertama ni?
semua dah tersenyum-senyum je kan dapat duit raya :P
hehe..
aku di sini seronok duduk di rumah makan dan berbual-bual bersama keluarga je.
bunyi macam boring je kan sebab tak keluar?
haha tak de la boring sangat sebenarnya bila duduk kat rumah je ni,
banyak benda juga yang boleh dibuat.
yang penting ambil lah kesempatan ini dengan meluangkan banyak masa dengan keluarga.
barula lebih erat dan mesra gitu hubungan sekeluarga, ye tak? :D

baru sorang je kawan kakak datang beraya kat rumah,
ramai lagi rasanya yang masih kat kampung.
kat perumahan aku ni pun sunyi je lagi, kadang2 je ada bunyi mercun/bunga api berdendangan.

ni plan nak gi beraya kat rumah kawan-kawan pun tak tau la tarikhnya bila.
harap2 dapat lah beraya dgn diorang macam raya 2009 dan 2010
nak duit raya lebih sikit ;) hehe


Raya 2011 :D

-30082011-



Maaf Zahir dan Batin :)

Raya Yang Akan Menjelang Tak Lama Lagi~

hey semua,
harini hari terakhir kita berpuasa,
yeihh insyaAllah esok raya kan?
mesti sekarang ramai dah balik kampung, bakar lemang, main bunga api dan banyak lagi la aktiviti dengan saudara-mara, kan kan kan?
yeihh untung sangat korang kann ? :)

kalau ikut plan, hari ni sepatutnya aku dah ada dah kat kampung Johor Bahru belah mama, tapi..
plan itu terpaksa dibatalkan..
sebab..
hmm baca jela entry blog kakak aku ni..
malas nak terang dan taip panjang2..
sesiapa yang tak faham, tak perlu la faham kaann..
mula2 sedih la jugak sebab tak dapat balik kampung kerana abah perlu jaga Paklong dan dah semangat gila fikir pasal kampung sejak sebelum exam lagi tapi bila fikir balik, tak da apa yang perlu disedihkan..

sepatutnya aku perlu bersyukur sebab aku diberi peluang untuk beraya dengan keluarga terdekat aku walaupun cuma di rumah.
alhamdullilah Allah juga beri rezeki untuk mama masak pelbagai masakan untuk hari raya ini.

jadi, apa yang masih tak cukup?

sedangkan ramai lagi yang tidak berpeluang merasai semua ini.

syukuri apa yang ada.

ya aku selalu ingat ayat tu.
apa-apa pun setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
semoga hidup aku sekeluarga serta Pak Long aku diberkati Yang Maha Esa
pada hari yang mulia yang akan tiba tak lama lagi.
insyaAllah.



Kenangan Raya Bersama Sahabat. #part 2

-29082011-

sambungan dari part 1 :

2010-form 3 :D

kali ni beraya di rumah Hani je~






ni kat UITM, abah singgah office dia jap..so kitaorang apa lagi, menggedik gedik ler ambil gambar, hekhek..



kat playground rumah aku, fiqa beraya kat rumah aku plak..hikhik..
muka dah penat dah semua, yeih ignore my face -.- haha

itu sahaja untuk tatapan korang,
insyaAllah kalau untuk tahun ni aku gi beraya macam 2 tahun yang lepas ini, akan ku upload ye
^.^v

Hurt

bila terasa cemburu,
bila terasa sakit hati,
bila terasa tak puas hati,
bila terasa menyampah,
bila terasa sedih dengan sesuatu perkara..

pasti terasa ingin lari jauh2 ke luar negara.
tak kira la di mana pun.
yang penting tempat itu aman.
damai.
sejuk.
bahagia.
ya bahagia.
terasa nak cari kebahagiaan di sana.
jalan2 di sana menghirup angin dingin yang segar.
yang menenangkan fikiran.
yang mampu merawat jiwa yang kesakitan.

tapi..
perkara sebegini takkan menjadi kenyataan.
sejauh mana diri ini berlari.
sedalam mana diri ini menyembunyikan diri,
semua perkara yang menyesakkan diri itu takkan pernah selesai.
takkan pernah habis.


selagi diri ini tidak berhadapan dengannya penuh dengan kesabaran dan ketabahan.



Kenangan Raya Bersama Sahabat. #part 1

hey,
semakin dekat hari raya semakin sibuk semua orang membuat persiapan.
mesti ada yang dah fikir kan tarikh2 untuk berkunjung ke rumah kawan-kawan kan?

tapi bila ada kesempatan masa korang ada tak belek2 semula gambar kenangan raya korang dengan kawan-kawan/sanak-saudara korang tahun-tahun lepas punya?
seriously bila tengok balik gambar2 dulu, memang boleh tergelak dan senyum sengih selebar-lebarnyaaa.. :D

jadi disini, aku nak kongsi gambar2 time aku form 2 dan form 3 beraya dengan kawan-kawan..
bila tengok gambar2 ni memang terkenang balik suasana time tu :')

bermula dari form 2 :


makan di rumah fiqa





lepak jap kat playground..kehkeh




dari kiri: nala, rina, fiqa daaann gua..hehe



haha ni la muka2 muda time form 2, innocent je kaan :P
kehkehkeh
banyak lagi gambar tapi cukupla banyak ni je :D hehe
time ni like seriously aku agak skema lagi dalam bab2 pemakaian..
almaklumla kanak2 tak matang lagi :P #cover
memang jauh beza kot dengan budak2 junior sekarang..
zaman diorang sekarang memang shawl, dress semua tip top..
zaman kitorang dulu semua tu dah famous tapi tak de la tersebar luas berbanding sekarang.
ceceh gaya cakap macam kitorang ni dh 60an plak..kuikuikui

time form 2 ni la memang banyak la jugak rumah kenalan kitorang singgah..
time form 3 sikit je.. ;)
k untuk gambar form 3 pula, entry seterusnya..
tapi cuma gambar aku dengan fiqa je la sebab tahun lepas banyak beraya dengan dia je :)




exammmmmmmmmmm

-26082011-


YEAY!
eh apahal yeay yeay ni?
apahal?
what's wrong?
omg!!
k stop the drama,
hehe..

semalam tamat sudah second monthly exam~
woohoo~
LOL, tu je nak bagitau?
hehe yela, saja nak kecoh jap..
exam kali ni aku rasa agak teruk kot aku jawab berbanding exam yang sebelumnya..
study ala kadar,
banyak main,

hurmm..tapi benda dah lepas,
tawakal jela kan..
siapa suruh tak usaha bersungguh-sungguh..padan muka *pang pang lempang pipi sendiri*

entry selepas ni mungkin akan banyak cakap pasal raya je kot, insyaAllah, tengok keadaan :)

k guys, selamat berpuasa untuk lagi beberapa hari ini :)

Malam Lailatul Qadar

-19082011-

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar


1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya

Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya. Wallahulam.


sumber: iLuvislam.com , www.isuhangat.net

iPhone 5

check this out if you loves iPhone very berry muchy yaw!


woaahhhh style betul..
harga dia pun styleee T.T
ku bertekad nak kerja part time lepas SPM ni, kumpul duit manyak2 dan memiliki ini iPhone..
ceh tengok2 zaman aku nanti time tu dah keluar iPhone 6..mana la tau kaaann..
kuang kuang kuang.. -..-

apa2 jela, yang penting kumpul duit byk2 dulu baru boleh beli apa yang diingini ;)
peace v^.^v

Cleverbot?

haha tadi saja2 try chat dengan cleverbot ni.
memang merepek habis la chat dengan dia..

meh tengok :
user: me








sengal kan..haha..
oh, gambar yang bwh skali ni saja nak tunjuk view chatting tu, kalau nak view chat korang mcm gambar2 kat atas tu tekan 'Thoughts So Far' . saja2 nak bgtau bagi sesiapa yg tak tau lagi ;)
btw, kalau tak nampak dengan jelas, boleh click gambar2 tu :)
ngehehe..

tata..
nak study, #cehdahpukul11barunakstudy :P





SELAMAT BERJAYA!

uh oh..

kepada adik2 form 3 di seluruh Malaysia,
good luck dalam trial PMR ni ! :)
buat yang terbaik k,
jangan risau,
masih ada masa untuk study dan ingat apa yang patut,
banyakkan berdoa juga :)
semoga mendapat keputusan yang cemerlang, insyaAllah.. ;)

~usaha tangga kejayaan~

^.^v

Baju Kurung dan Ujian

-14082011-
hey pembaca sekalian :)

siapa dah beli baju kurung untuk hari raya ni, angkat tangan!
ok dah turun turun, tak mandi lagi kaaan? heheh joke

tadi try semua baju kurung tahun-tahun lepas punya, ada yang muat ada yang tak muat dah, kebanyakkan yang tak muat tu sebab lengan dah senteng, sayang je disebabkan lengan terus dah tak ley pakai dah, sob sob..

dan sekarang ku masih dalam proses mancari-cari baju kurung yang kena dengan taste :P haha
tapi...sampai sekarang enggak ketemu lagi...
takpe, perjalanan ini harus diteruskan..
hah ok dah merepek..tutup tirai..


k dah tutup pasal topik ni,

ujian bulanan 2 lagi seminggu je lagi :O
study masih tak penuh,
Math dan ICT
banyak gilerrrrr masuk bab nya.. D:
haaiihh -.-'

tapi nak buat camne lagi kaann..
usaha perlu juga diteruskan walaupun tinggal seminggu ye dak?
oraitt..
wish me luck and good luck to you guys too :)

Banananana

-12082011-









ingredient:

Banana
Low Fat Milk
Chocolate Chips
Nutella

mix all of these into blender :)

enjoy~


Bunga Telur

-11082011-

hey semua :)
lama betul tak update..
alhamdulillah dah 11 hari dah kita berpuasa..
harap2 kita diberi peluang untuk berpuasa sehingga berakhirnya bulan Ramadhan ini..
insyaAllah :)

petang ni start pada pukul 5 p.m, di sekolah ada buat majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa.
dan sepanjang tadi memang buzy ar cikgu dan pelajar buat persiapan segala bagai..pasang khemah, pasang langsir, hias pentas dan dewan. tak lupa juga menghias sekeliling sekolah dengan bendera Malaysia untuk sambutan kemerdekaan yang akan dibuat di sekolah tak lama lagi.. kelas aku juga tak ketinggalan menghias dan membersihkan kelas.
kerja 2 in 1 terus..hihi

time masa BM, ktorg sekelas pergi ke library, buat nilam.
tengah baca2 buku tu, ada sorang cikgu ni panggil aku sekumpulan tolong dia buat kerja sikit.
then ktorg ikot jela dia pergi ke ruang belakang,
apa yang ktorg nampak, banyak telur dan bunga+sarung untuk telur.
dah macam barang hantaran untuk majlis perkahwinan la pula.
tengok2 yang tu untuk majlis khatam Al-Quran nanti..
haha so ktorg memulakan la projek memasukkan telur tu dalam sarungnya dan ikat.

time2 buat tu dah sebok cerita pasal telur masak sambal la apa la..terliur den depan telur tu..hihihi..
tetiba teringat time persiapan majlis perkahwinan saudara dulu, kalau bab2 hias2 bunga telur ni terutama bab masukkan telur ni la yang paling aku elakkan sebab dah banyak kali buat mesti tak kemas dan agak malas sebab perlukan kesabaran yang tinggi..kalau tak, boleh pecah telur tu..kuikuikui.. :D

tapi akhirnya setelah umur semakin meningkat ni #ceh cam dah tua sangat je, berjaya jugak tadi buat bunga telur tu walaupun ada beberapa tu senget2 sikit tapi sekurang-kurangnya berjaya jugak buat dengan penuh kesabaran..makin lama buat makin seronok pula..hihihi.. :)



haha nak tunjuk jugak tu gambar contoh..haa tapi takdelah warna camni, warna maroon/merah ke-coklat-an.. hihi..
jadi, kepada sesiapa yang pergi majlis berbuka puasa SMKS 7 petang ni, kalau nampak bunga telur tu kat mana2, haa tau2 jela ye hasil buatan siapa tu..haha k saja nak poyo je..padahal cikgu pon ada buat jugak, siap betulkan lagi mana yang senget ktorg buat..hehehe :P


ok itu saja la entry untuk kali ini..

selamat berpuasa umat Islam sekalian :)