Ambition

sambungan dari mari berkongsi informasi,
ini link kelayakan untuk masuk dalam fakulti Seni Lukis Seni Reka a.k.a Art and Design pula :)

sangat berminat dalam bidang photography sejak umm tak ingat la standard/form brapa..
dan sejak masuk kelas ICT ni, terbuka hati untuk menambah 1 lagi cita2, dalam bidang ICT pula..

actually ada lagi cita2 sampingan yang lain yang pernah terlintas kat otak tapi tak berapa ambil berat sangat lah, antaranya:
nak bukak Cafe kecil dan comel yang menyediakan hidangan simple tapi berkhasiat serta sesuai untk dimakan oleh orang yang berpenyakit seperti diabetes, darah tinggi..hihi..
kedua, nak bukak kedai coklat yang kecil dan comel juga serta pembuatannya kat kedai tu juga, kira macam home made la, bukan kilang yang hasilkan :)

dan yang paling ingat sampai sekarang,
time tadika, aku pernah bercita-cita nak jadi BOMBA..
muahahaha jantan tak i ? :P

kehkehkeh
ok itu saja, dah penat menaip untuk malam ini :)
good night semua :D

Pendapat Orang


hoho  Ayeem Ayam yang famous sudah memberikan pendapatnya dalam memilih computer science ataupun photography :D
actually ramai yang sudah memberikan pendapat yang sama tapi...
aku masih dalam dilema..
tak tau nak pilih yang mana 1..haha poyo je ayat..
takyah nak bajet macam kau dah habis sekolah sangat lah zira..form 4 pun tak habis lagi..kehkeh..

apa2 pun, bak kata mama, belajar bersungguh-sungguh dulu dan dapatkan result yang baik dlm SPM baru fikir nak pilih yang mana 1..
manalah tau kan, lain yang dirancang, lain yang diambil..
kot2 suatu hari nanti tetiba hati terbuka nak masuk pertanian pulak kan..
contoh jelah..haha..

manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan..
hihi suka sangat sebut ayat ni..
kalau boleh nak sebut di setiap entry, hahahaha tetibe.

sangat menghargai pendapat orang ramai tentang cita2 aku ni..
terima kasih semua  :D



Mari Berkongsi Informasi :D

-25092011-

sesiapa yang bercita-cita untuk mengambil diploma dlm Computer Science di UITM, bolehlah rujuk link ini 

rujuk Entry Requirement untuk mengetahui subjek apa yang anda kena credit :)

wuhaa kalau aku, aku kena credit Addmath/ICT, Bi, Bm, Math dan Science..
nampak macam senang tapi takda benda yang senang dalam hidup ini..melainkan berusaha dengan bersungguh-sungguh la :)

bila bukak website ni terasa bersemangat habis nak masuk fakulti ni..
bertambah semangat bila tengok peluang pekerjaan selepas study ni :
Web Designers, Programmers, Technical Writers, Networking and Mobille Computing Experts, Systems Engineers, Software Engineers, Database Administrators, System Analysts dan lain-lain lagi..
waaahhhh rambang mata melihatnya, cehh ayat bajet mcm boleh pilih dan terus kerja je..haha

hee tu belum lagi search pasal photography pula :D hehoheho
tetiba semangat nak search tentang program yang berkaitan dengan cita2 aku ni, saja nak menambahkan semangat untuk belajar dan berusaha mencapai cita2..tapi perlu tanamkan dalam hati, apa pun yang kita rancang, hanya Allah yang menentukannya :)

p.s: sesiapa yang berminat nak tau pasal fakulti lain dan program2 nya dalam UITM, bukak je homepage UITM, then kat tepi belah kiri tu ada Academic, pastu dalam tu ada Faculties then pilihlah nama2 fakulti yang berkaitan dengan program yang anda impikan :D saja nak ajar kepada sesiapa yang masih tak tau..tak salah berkongsi apa jua ilmu kan? ;)


Hari Yang Sangat Teruk

-24092011-

selalunya setiap hari melalui hari-hari yang gembira
sentiasa ceria sepanjang hari
sentiasa bergembira sepanjang hari
tapi harini..
tersangatlah teruk..
jiwa terluka sepanjang hari..
sayu menemani sepanjang hari..
air mata bergenang dan berguguran setiap masa..
senyuman hilang di bibir..
tapi..


memang benar ayat di dalam ini..
dan aku kena cekal menghadapi dugaan ini..
kerana jika aku jatuh, syaitan akan bertepuk kegembiraan.
jika aku sedih, syaitan akan menari kegembiraan kerana mereka telah berjaya membuat jiwa aku bertambah parah dengan kesedihan yang aku sedang hadapi ini.
dengan itu, aku kena kuat dan kembali sujud kepada Yang Maha Esa.
Ya Allah, dah lama hambaMu ini tidak merasai kesedihan seperti ini.
Kau kuatkanlah jiwa hambaMu yang kerdil ini supaya tidak terus jatuh ke dalam bisikan jahat syaitan yang sentiasa suka menyesatkan diri dan jiwa setiap hamba-hambaMu.
amin.

Tips Hadapi Kutukan Orang/ Haters

-19092011-


Aku terjumpa tips (yang tajuk nye boleh dirujuk di atas) ni kat satu blog yang dinamakan A Tale Of Towel Ninja, comel je dia bhasakan diri dia Ninja..hihi...dan tips yang dia bagi ni, sangat2 bermanfaat sebab benda ni lah yang sedang aku hadapi sekarang..jom terjah apa yang Ninja ni katakan :)  :


Tajuk post kali ni sangat tak boleh blah ~
Tapi apa salahnya kan . benda macam tu memang wujud pon .
kalau ada yang suka ,pasti ada yang membenci .
kalau ada yang memuji ,pasti ada yang mengutuk juga.
people are subjective . we are all not the mind reader .
apa-apa pun , Ninja nak bagi tips kat kamu semua sikit macam mana nak hadapi 
orang suka mengutuk / haters ni ..
orang kritik dengan orang kutuk lain tau ..
orang kritik ada adab budi bahasa nak bagi komen and dia bagi komen 
tak menghentam mati2 orang tu .
dan orang kritik dia datang dengan komen serta jalan penyelesaian ...
orang yang suka mengutuk la kita panggil HATERS ni ..hehe..

apa yang perlu anda buat ? ini cara Ninja la kan macam mana Ninja nak hadapi mereka.

1.Cuba explain secara baik kepada mereka tentang apa yang kita buat tu .kadang-kadang mereka ni salah faham dengan apa yang kita buat . dan ada juga yang jenis main hentam ,tengok tajuk je terus nak hentam ,padahal baca post kita pon tak lagi .. kalau selepas anda explain kepada beliau ,tapi beliau masih lagi dengan dia punya pendirian ,so anda haruslah ignore orang tu ..

2.Kawal emosi anda dan jangan mudah sentap /beremosi . part ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Ninja kadang-kadang teremosi juga and kadang terlepas cakap juga . tapi sekejap je la.
bila Ninja buat macam tu ,Ninja rasa bodoh amat sebab termakan provokasi diorang .
orang camni dia suka provoke orang ,so kita kena jadi bijak ..berdiam diri bukan bermakna kita salah ,tapi 
orang cakap kalau berdebat dengan seorang yang jahil , 1000 cendekiawan pon boleh kalah .so diam jelah.
kalau Ninja , Ninja blok je orang macam tu . Ninja juga dah blok anonymous dari komen dekat blog Ninja.

3.Letakkan dalam minda anda " TAK SEMUA ORANG AKAN SUKA KITA" .Ninja dapat tu dari Wardina . dia cakap kita kena ada pendirian kita sendiri .kita kene terima hakikat ,tak semua orang kita boleh puaskan hati mereka . kalau kita tahu kita betol dan still berada dalam landasan yang betol, tayah peduli apa yang orang nak cakap.tunjukkan yang kita ni seorang yang berpendirian teguh .



4.Belajar menerima pendapat orang lain . kadang-kadang lain orang lain pendapat . biarlah dia cakap kita tak bagus ke , kita ni bodoh la apa lah .. respect je diorang punya pendapat . mungkin apa yang diperkatakan mereka itu tak betol tapi siapa kita nak menghalang orang yang memang "KERAS KEPALA" untuk setuju dengan kita kan?once the dumber always a dumber .orang macam ni makin kita layan ,makin dia naik lemak .

5.Cuba cari sesiapa yang anda boleh dapatkan motivasi or support .bukan untuk lawan mereka ,tapi  untuk mendengar luahan hati kita.kadang-kadang benda macam ni bagi impak yang kuat terutama dekat semangat kita.people never realize how bad we hurt because of their actions.. i used to feel that way .rasa down yang amat2 sangat . tapi slow2 , cari balik kekuatan tu ,insyaAllah kita akan jadi lebih kuat dari sebelum ni ..

6. SABAR SABAR SABAR . kesabaran itu amat penting .bila ada orang macam ni ,i always pray to Allah supaya Ninja diberikan kekuatan ,bukan untuk melawan / menang tapi untuk kesabaran serta berdiam diri .
Ninja juga manusia biasa ,kadang-kadang terlayan jugak and tell u what ,the moment Ninja layan mereka ,saat itu la Ninja rasa paling BODOH sekali .. selalunya i ended up with diam or blok je ..lagi senang .hehe.
macam Ninja cakap awal2 tadi , kalau seorang jahil lawan 1000 cendekiawan ,kalah 1000 cendikiawan tu ...

Rasanya itu je la kot yang Ninja dapat kongsikan .apa-apa pon key yang penting SABAR dan waktu camni ,
memang anda perlukan kekuatan emosi serta iman . satu hari nanti ,orang yang bercakap tetap akan diam.
bila dah bosan ,mereka akan diam akhirnya . kalau kita layan lagi la diorang happy . biasa la kan ,orang hati busuk ,kerja diorang memang la asyik hentam/kutuk orang je tapi diri sendiri ??malas Ninja nak cakap ...

okay la .semoga tips ini membantu !!!!! adios.wassalam !

Paling suka ayat " people never realize how bad we hurt because of their actions "
kadang2 orang tak sedar yang perbuatan dia buat tu menyakitkan hati kita dan kadang2 kalau dia sedar pun dia hanya buat tak tau dan yang paling teruk siap mengutuk-ngutuk lagi orang tu sedangkan yang salah nya adalah diri dia..maaf tak beri, kutukan yang diberi. 

Entry ini tidak dituju kepada mana2 pihak, kalau terasa, itu hal anda, aku hanya berniat nak berkongsi pengetahuan :)

Terima kasih kepada Ninja atas tips yang diberikan :D

Beraya Bersama 4ICT1 :D

-16092011-




hey readers!
harini ahli2 4ICT1 pergi beraya di rumah guru kelas ktorg, cikgu Wan Sakinah dan rumah Hilmi..
mari lihat beberapa gambar yang sudah dihidang ini (tak upload semua) :D






tak semua yang datang...


anak bongsu cikgu, omey betul >.<










otw ke rmh Hilmi pula..



ok, dah smpai..haha



peace :D



gosip2 :P





kasut untuk dilelong..ngeh ngeh :P





had a great time with them today, harap berpeluang keluar bersama lagi di masa akan datang :D

tata :)

Muhasabahlah Diri :)

-15092011-

artikel yang sangat bermanfaat :) credit to biarakuterbang


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Fynn Jamal- 150 juta

-14092011-



lagu ni seperti mengisarkan sedikit tentang aku dan dia..
hmmm..
how to forget you if all the things i see and hear is have a bit about you?
:/


SEMOGA BERJAYA

-12092011-


kepada adik2 yang bakal menghadapi UPSR pada esok hari,
good luck ok!

buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga!
i know you can do it!
banyakkan berdoa dan bertawakal juga ;)

semoga mendapat keputusan yang cemerlang :)

Beraya 2011

-10092011-



heyy heyy #ignore gambar atas :P
harini aktiviti beraya untuk tahun ini telah bermula..
pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuhi (macam daki gunung je)
perut dah penuh dengan macam2 makanan terutamanya kuih2 raya dan kerepek..
dipendekkan cerita sebab penat mahu bercerita panjang,
harini beraya 6 rumah je..banyak lagi rumah nak pergi tapi tuan rumahnya tiada serta masa dan keadaan juga tidak mengizinkan ;)

gambar di bawah ni time tengah lepak jap kat Pak Li Kopitiam
membasahkan tekak yang tak seberapa nak kering ni
sambil menunggu pukul 2 petang sebab open house Fatin start pukul 2..hehoheho


nak show off betul nama kopitiam ni, hehe


slurp slurp

happy betul dapat merasa ice blended chocolate..haha :P



ni time selepas pergi menyinggah 7 Eleven beli plaster
boleh plak kaki ku melecet time tengah berjalan-jalan tu, dah menyinggah banyak rumah baru beli plaster tu, so bayangkanlah sebelum2 tu betapa menderita habisnya kulitku yang licin mulus ini #boooo ar

dan hampir2 la nak beli selipar murah kat kedai mana2 sebab dah sakit sangat dan ada la juga orang tu pun nak join juga beli sebab sakit kaki pakai wedges, agak2 siapakah gerangannya dalam 4 orang di atas ni yang dimaksudkan? siapa dapat teka dapat 20 sen :P hahah
tapi tak jadi sebab boleh tahan lagi dan aku pun dah beli plaster yang coraknya agak taknak kalah, cartoon haiwan-kanak-kanak-riang gitu (sebab dah takda corak lain so terpaksa jela beli -.-) tapi omey gak sebenarnya..hahaha

so tu jela,
tak dapat nak cerita semua pengalaman pahitmanismasammasin untuk harini
sebab dah penat bangat -.- hehe
tata

Knaan feat Will.i.am and David Guetta- Waving Flag


teringat tahun lepas, start je keluar lagu ni terus suka and tak berhenti dengar lagu ni.
dalam 1 hari tu ada berapa ratus kali tah ulang video lagu ni tanpa berhenti.
sampaikan hampir2 la jatuh cinta kat Knaan dan David Guetta ni sebab diorang tinggi dan nampak smart dalam video ni..haha hampir2 jela :P
yang turut join tergilakan lagu ni, Elya Talaha :P
dalam FB penuh kat wall cakap pasal lagu dan Knaan ni..
dan sampai sekarang asyik sebut nama Knaan tu sebab....adalah sebabnya, hanya rahsia kami berdua..chewah gitu :P
kehkeh
but now dah tak layan dah lagu ni, sorry Knaan :P haha

Long Distance

-4092011-

Forgetting You




when i see the post, i feel i don't want to put a hope into you anymore.
feel like a shit if i still hoping for you.
so goodbye.
no talk about you anymore.
you just an old best friend to me.
not over than that.

54 Keistimewaan Wanita Dalam Islam

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.