Tarik Nafas, Lepas~

-30042011-
-10.30 p.m-

heyy everybody, lets shuffle,
"everyday i'm shuffling.."
haha ok dah terpengaruh dari lagu party rock anthem :P
eh eh lawa tak baju blog aku yang baru ni? hihi
tu pun masih dalam renovation actually, masih tak cukup lawa kan susunan
dalam blog ni ? so tunggu je la, tak lama lagi makin lawa la..
ehh ayat bajet je kan, syok sendiri..haha..
alhamdullilah sekarang dah beransur pulih kesihatanku, hehe..
esok nak keluar jalan2 melihat dunia setelah 3 hari terperap menjadi jeruk basi dalam rumah :)
bila sebut keluar jalan2, tetiba teringat exam mid-year, heeee seriously agak seram jugak bila memikirkannya, banyak benda yang masih tak study, tapi esok mungkin hari terakhir untuk aku bergembira dengan dunia, memang aku dah plan, lepas ni nak jadi jeruk sihat dan fresh, terperap dalam bilik dan study sampai otak-beku-cair-beku-cair..
insyaAllah dalam masa yang singkat ini aku dapat dan sempat untuk kecapi dan peluk semua benda yang aku masih tak ingat dan belum kuasai, amin.. :)




............

-29042011-
-2.42 p.m-


heyy :)
harini tak datang sekolah jugak..
sakit masih tak beransur pulih..
jadi secara rasminya dah 2 hari tak datang sekolah.
isnin ni cuti hari pekerja..
huhu bestnya dapat cuti extra :D
hoho so kalau dah sihat nanti insyaAllah datang la aku menjejakkan kaki ke sekolah yang tersayang setelah 5 hari rehat kat rumah..
fuuhh lama jugak duduk kat rumah, entah macam mana la keadaan sekolah aku, ceeh ayat poyo je macam 5 bulan tak datang sekolah :P haha
haritu tengok sekolah tengah buzy buat renovation pasang marmar kat lantai, lawa la jugak aku tengok, tapi aku rasa daripada buang duit pasang marmar yang mahal and letak sampai dua kolam air pancut yang entah brapa ratus/ribu, lebih baiklah beli cat and cat balik tembok pagar kat luar sekolah yang dah buruk tu..tak ke itu lebih baik pengetua ku sayang?
cehh apa angin aku harini tetiba sebok2 nak bagi pendapat ni, macam la aku ni pembantu pengetua plak -..-
haa pape je la, daripada aku cakap kosong dalam ni lebih baik aku luahkan benda yang aku terfikir kat otak aku, walaupun aku tau apa yang aku cakap ni takkan dibaca oleh pihak sekolah, apatah lagi nak buat macam yang aku cakap, ceehh aku ni cakap sesedap hati je, tengok2 semua cikgu sekolah baca blog aku ni, mana la tau kan :P hihi perasan plak.
tapi aku seronok la jugak tengok sekolah aku dah mula ada perubahan, dah makin berseri sikit, daripada dulu..hoho tetiba prihatin kat sekolah setelah 4 tahun bersekolah kat sini, sebelum ni tak amek tau pun kaaaann..hihi..
ok la itu sahaja, aku ni sakit2 pun still nak banyak membebel kan?
hoho insyaAllah selasa ni kalau dah sihat dapatlah aku jumpa anak2 ICT yang aku rindui.
juga my bestfriends, miss korang so prettybeautifulmuch. :P :D








Sick

-28042011-
-1.53 p.m-


heyy everyone :)
harini tak pergi sekolah sebab tak sihat.
seharian ni asyik baca novel yg 1 tu je, jalan kisah dia best, tu yang semangat nak habiskan..
memang tak sedar diri lagi seminggu nak mid year exam :P
hurm, tak larat la..nantilah bila dah reda sikit sakit ni, barulah aku usha2 hw tu..
ehem, jangan usha je, buat terus..haha..
haaa bila memikirkan balik, bulan ni and bulan lepas banyak gilos kali tak datang sekolah,
cikgu pun dah tegur suruh bagi surat alasan tak datang sekolah..
haaa ok cikgu, nanti bila dah free sikit saya taip la surat2 tu, cehh bila free konon,
bajet buzy sangat macam perdana menteri plak kan zira? heee :P
lagipun dah lupa la tarikh2 yang aku tak datang tu, mak dah suh aku pegi tanya cikgu and tengok kat buku kehadiran, tarikh2 yang aku tak datang tu, tapi sampai sekarang asyik bertangguh je..
haaaa teruknya aku ni, semua kerja asyik bertangguh-tangguh je, last-last dah jatuh sakit macam ni, lagi la semakin banyak kerja yang tertangguh..aiyoooo... D: ok insyaAllah bila dah sihat nanti aku akan cuba jadi rajin sikit ye..jangan sikit sangat, banyak la..hahaaa yela... -..-
ok la tu je, nak sambung baca novel Teluki Itu Untuk Aku :)

tata titi tutu :*

p/s : hoho untuk harini tak payah nak risau untuk taip surat sendiri sebab dah dapat surat m.c dari doctor semalam so esok kalau datang sekolah ley je terus bagi kat cikgu..hoho *ceh seronok plak.. -..- haha


Buku Oh Buku!

-10.00 p.m-

heyy i'm back! :D
harini seharian berjalan.
macam biasa pesta buku yang terbesar di Malaysia ni tak sah kalau tak ramai orang.
memang sesak macam sardin dalam tin la,
berlanggar-langgar, bergesel-geselan, ok ayat geli.haha.
so from the beggining,
waktu sampai kat stesyen KTM tu, tunggu kak Elya jap sebab dia belum sampai.
then tak lama lepas tu, dia sampai and time tengah nak beli tiket, train plak dah sampai.terkecoh-kecoh kitorang suruh dia cepat,
tapi memang tak sempat la kalau nak beli tiket so Fiqa bagi je kad Touch&Go dia pastu terjadila
aksi berlari berkejaran memanjat and turun tangga terkecoh-kecoh and alhamdullilah sempat masuk dalam train tu.. :D
huuhh..nafas dah sesak macam baru lepas lari 800 meter.haha.
train pun penuh je sebab hari minggu en, memang dari stesyen Shah Alam sampai la stesyen Putra, kitorang berdiri je, tak de peluang nak duduk. dah la baru lepas lari mengalahkan atlet, then tak dapat duduk..sabar je la..haha ayat bajet je :P
so dah sampai tu jalan kaki sikit then selamat sampai di PWTC..hoho.. :P
beli sikit buku latihan and rujukan, pusing2, usha2 novel, aku beli 1 je la novel, kalau dulu memborong sampai 3-5 novel, tapi kali ni nak jimat sikit duit and dah nak dekat exam pertengahan so bab2 memborong banyak2 tu tolak tepi dulu la..haha :P
dalam pukul 3 lebih barula kuar dari PWTC tu then time tengah tunggu train kat stesyen Putra, tetiba hujan lebat berangin. ada bumbung tak serupa ada bumbung..train pun lambat je sampai..huhu, sabar je la menunggu dengan air hujan yang memercik manja kat muka..bla bla, train pun sampai, macam biasa tempat duduk full, so berdiri lagi sekali, then transit jap kat KL Sentral, solat and makan, actually bukan makan tapi melahap sakan sebab perut dah berdendang sayang tahap maksimum..haha..
dalam pukul 5 barulah balik..huh penat tu penat la jugak tapi tak terasa sangat sebab keluar and enjoy dengan kawan2, hee..
harap2 next time pun boleh keluar macam ni lagi..amin.. :)

p.s 1 : bakal abg ipar hansem tak datang la plak, demam katanya, eh bukan dia yang kata, bakal wife nya yang kata.. :P haha..
p.s 2 : pergh, tadi time kat booth Jemari Seni ada orang tu borong novel 1 bakul penuh, 0.o' fulaamak..haha..

Membaca Tangga Kejayaan :D

-24042011-
-7.53 a.m-


selamat pagi semua! :D
harini nak pergi pesta buku kat PWTC dgn kakak, kak Sya, kak Elya and Fiqa :D
weheee~ happynya dapat naik KTM sama2..haaa KTM je, tu pun nak kecoh ke :P
haha peduli apo den :P
sekarang dah siap, tinggal nak pakai tudung je..hee ada lagi sejam je sebelum kitorang
berkumpul kat seksyen 19.
ok la tu je,
nak pergi melawat peti sejuk jap cari makanan apa yang ada, haha
tata :D

p.s 1 : harap2 bakal abg ipar hansem aku tu pun dtg la >.< hohoho
p.s 2 : mari gegarkan PWTC! borong la sebanyak mana buku yang anda suka! hehe :D

Woman and Man

-23042011-
-10.59 a.m-

heyy~
mcm biasa dah lama tak update blog sebab buzy and malas.. haha -..-
ni nak kongsi sikit pasal artikel, cehh artikel ke..
haha tajuknya ciri-ciri wanita yang diminati lelaki..
tetiba je aritu gatal tangan nak taip kat mr Google tajuk tu.hee..
saja nak menambahkan pengetahuan, haha :D
mari hidangkan mata anda dengan artikel ini :)

Benarlah kata-kata, sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasa lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

source from http://blog.mixterr.com.

tapi tapi, anda semua jangan la terlalu mengikut kata-kata artikel ini, ambil mana yang baik, yg kurang dalam diri anda, dan buang mana yang buruk. terpulang la pada cara masing2 melayan pasangan mereka, masing2 mempunyai taste mereka sendiri.. jadi tak perlulah berpura-pura menjadi orang lain semata-mata nak bagi orang tu terpikat..apa yang penting adalah jadilah diri anda yang sebenar! :)



Only Death Can Separate Us.


-16042011-

mat soldier told me just now, he got to move by next month.
i don't know what i feel now.
sad? blur? or blank.maybe.
i always think if he's gone, who will replace him as my close friend?
he is the one of my boy-friends that understand my heart, eventhough not 100% but at least
his action make me feel i'm not alone. haaa..
ok that just what my heart bla bla bebel around.
so back to the reality, he will say bye2, tata to me next month !
what i need to do is just smile and think positively that i will see him when we're study at U or when we reach our ambition and have a surprise meet when we're working..
ok over imagination -..- haha..
maybe i will give him some gift for remembrance.
so dear friend, i appreciate our friendship for almost this 5 years,
i hope this friendship never broken.
i know our friendship is full of bitterness a long time ago, but it's normal right, all sweet thing have a bitter too..
so now forget about the past and the bitterness and think about the sweet moment only ok ! :)
eventhough after this we are far apart, but we can still contact right?
we can skype-ing, facebook-ing, text-ing and etc.. remember,
we are ICT's children yo ! :) haha..
tetibe bangga dgn klas ICT..haha skali sekala tak pe kaan..
--'

* aku tau ko tak akan baca apa yang aku cakap ni tapi sekurang-kurangnya aku dah luahkan apa yang aku nak cakap :D

Heart


-16042011-
-5.51 a.m-

sudah 4 bulan bersekolah pada tahun 2011 ni.
tetiba rindu kenangan tahun lepas.
bulan 4.
bulan dimana dIa meluahkan perasaan secara live,
walaupun cuma dalam surat.
kenapa di katakan live sebab dIa bagi surat tu time dalam kelas.
dIa masukkan surat tu dalam pencil case aku.
time tu jugak aku perasan dIa amek pencil case aku atas meja tu and masukkan kertas.
time tu jugak aku buat-buat buzy kemas bawah meja.
bajet macam banyak sangat sampah.
padahal cover dari dIa sebab terasa macam ada perkara yang akan terjadi lepas ni.
time tengah belajar pasal Phantom Of The Opera.
aku bukak pencil case aku.
then rasa terkejut sangat+malu.
oh dushh, time tu la rasa macam jantung yang sedang berdegup kencang
dah jatuh penyek ke bawah meja.
time tu jugak rasa telinga panas.
time tu jugak rasa seluruh badan sejuk.
time tu jugak rasa macam nak sengih selebar lebarnya sampai berbelit-belit satu kepala.
nak tau apa dIa tulis dalam surat tu? tengoklah entry lama ku pada 2010.
hahaha yela, ni nak flash back je kenangan dulu2.
hee tetiba je nak crita-crita kesah lama.
tetiba rindu semua tu.
walaupun endingnya tak couple,
tapi permulaannya dIa dah bagi aku satu memory sweet.
yang tak pernah dibuat oleh mat soldier dulu.
memang kenangan dengan mat soldier dulu lagi banyak berbanding dIa
tapi mat soldier tak pernah luahkan depan2 macam yang dIa buat.
dia cover2, dia malu mungkin. :3

everyone has their own love story, but each story contained an invaluable sense and can not be described by anyone who experienced it.
:)



Enjoy The Moment


-16042011-

hey hey, i'm back :D
dah seminggu lebih tak update blog, haih malas punya pasal, bersawang dah blog ku -..-
sekarang pukul 4.41 a.m..
malas nak tido sebab dah puas tido petang tadi..
tengok fb pun ada 3 org je on9, tu pun bukan kawan2 rapat..haih..
perut pun dah berdendang sayang mintak diisi..
so apa lagi, usha2 dalam peti sejuk, banyak makanan tapi tak selera nak makan berat, so
amek coklat cadbury fruit and nut then ngap ngap..nyum2 akhirnya tak de la kenyang sangat tapi perut dah stop dah nyanyi..hehe..
haa bila berjaga time pagi2 buta camni, teringat time kat kem PRS pada 1-3 April aritu, time macam ni tengah buat aktiviti haa ape ek nama dia, burung hantu ek, haaa ingat2 lupa -.-..aktiviti tu semua orang kena tutup mata dengan kain, beratur then jalan sambil pegang tali..bila sampai kat 1 tempat tu, setiap sorang kena duduk sorang2 kat situ..first aku kena tinggalkan kat bawah pokok..mula2 seram gak tapi bila dah baca ayat kursi banyak2, tenang skit hati then ade dengar orang tengah jalan semua so tau la faci ada kat sekeliling.. haa harap2 la ku tak salah dengar..haha -..-
sejuk giler kot, makin lama duduk kat situ makin mengantuk..haa so tido2 ayam la kat situ, pastu datang la faci dia cakap something password then aku balas balik password tu then dia bawak aku ke tempat lain plak, port kedua, duduk kat atas jalan raya..haha kali ni betul2 tak rasa keseorangan sbb tau ada kawan2 aku pon kena duduk kat situ, pastu dengar faci tengah sembang bisik2 and gelak2 cover..haha..
walaupun ada faci tu datang kacau kata dia nenek kebayan la apa la, tak beri effect pun sebab seriously time tu blur+ngantuk so apa diorang cakap aku gelak je, haha tak de perasaan :P
lama kot kena tinggalkan kat situ,
dah tersengguk-sengguk dah menahan ngantuk..haha -..-
pastu akhirnya kitorang di bawa semula ke tempat berkumpul..
then dlm pukul 5 lebih baru masuk bilik..
haa walaupun kat kem tu kebanyakkannye aktiviti lasak dan mencabar minda tapi enjoy sangat,
entah bila la nak rasa aktiviti macam tu lagi :)