Tu, Wa, Ga : 1, 2, 3 :)

-29032011-



hey hey :)
tadi dapat senarai kedudukan dalam kelas,
alhamdullilah ku dapat no wa/24 :)
syukur sangat tapi perlu ingat ini just monthly exam je, bukan trial SPM,
so kena berusaha lagi kuat, yaaa aku asyik sebut berusaha kuat, belajar rajin2
tapi diri ni tak gerak2 pun, study pun ikut mood je, buat hw pun ikut mood jugak, haihh
ok ok, akan ku buktikan apa yang disebut dari hati dan mulut.
insyaAllah akan ku cuba ubahkan diri ku ini ke arah yang lebih baik :)

mari kawan-kawan, kita berusaha menuju ke arah kejayaan!
:) wooohooo :*
ayattaklehpoyolagikan..haha
act, gambar kat atas tu tak de kene mengena pun dengan entry ni tapi saja-saja letak sebab nampak comel and sweet je Taylor Lautner and Selena Gomez dalam gambar tu :) hehe

Leg Kaki :D


heyyy everyboodyy :D
arini tak da story best cume skrg tengah menjaga kaki yang agak besarla jugak lebamnya akibat jatuh longkang semalam, haha sebelah kaki je pun, tu pon nak kecooh kan :P hahaha
haaa hw banyak lagi tak siap, just siapkan yang untuk subjek jadual esok je, haha sengal.. -..-
ok la, mahu kemas beg and ready for tomorrow, cehh~ ..haha..
tata and good night :D

Peace :D

-26032011-
-4.30 p.m-

heyyyyy~ :D
harini dari pukul 8 a.m hingga 3 p.m ada program BI kat sekolah.
macam2 aktiviti dibuat antaranya buat nama,logo and cheer group, treasure hunt, drama and etc.
walaupun penat tapi enjoy la gak..haha..
ouh ya, masa nak mula aktiviti semua tu, semua group diberi sebiji telur and kena jaga sampai la balik...aku ditugaskan jaga telur tu dalam group aku, so dengan penuh tertib nya jaga la telur tu..chewah..hahah then masa dah nak tamat semua, ingatkan dapat hadiah ke apa sebab jaga telur and tak pecah, rupanya cikgu suh bawak balik je, ceh buat penat je jaga elok2 :P hahaha..
pastu time nak balik tu aku and nala pegi kat tepi longkang dekat ngan kantin, apa lagi letak telur di genggaman anda, dalam kiraan 1,2,3 tekan dan puchh~ telur tu pecah..hahaha sengal je, yang malangnya telur tu terpercik so kena baju and seluar aku sikit, nasib sempat basuh tapi bau macam orang baru balik dari tangkap ikan la..haha
then time otw nak ke gate A, tengah sembang2 tu tak perasan yang longkang depan kantin tu besinya berlubang so main jalan je tak pandang bawah, then tak pasal2 aduushh...kaki ku termasuk dalam longkang tu...perghhhh...nasib longkang tu kering and rendah, sakitla jugak tapi tak pe, ku kuat, hahaha bajet je..nasib la kat situ tak de orang just aku,nala and hani..tapi tu pun ada kot kawan aku lagi sorang nampak tapi dia nun jauh kat tempat parking so if dia nampak pun maybe tak berapa jelas kot..hahah pape jela :P
so arini memang enjoy and lawak la jugak with my friends..hihi..
:D

*****

uh oh, abah ajak gi pantai kat Jeram nak snap gambar for his work..hihi bestnya..
so got to go, nak siap, baru balik dari sekolah, penat2 sempat lagi nak kuar jalan2 gi pantai plak ye zira, hehehe...
ok tata :D

Crows Zero

-25032011-




heyy :)
aritu time gi pulau pangkor, ada la tengok 1 movie ni dalam laptop,
namanya crows zero, ada 2 siri..
heee best la jugak,
ok first memang crita ni kebanyakkannya lelaki la suka tengok
sebab crita ni memang crite ganas, asyik tumbuk tendang sana sini, haha..crite ni pasal student high school yang samseng, semua cikgu takut dengan student kat sini..haha..student2 kat sini datang sekolah bukan untuk belajar tapi datang untuk bergadoh, sapa yang paling hebat yang dapat menewaskan semua orang kat sekolah tu maka dia akan menjadi ketua yang disegani dan ditakuti oleh student kat situ..haha ni antara sinopsis nya yang aku fahamlah..
walaupun crite ni banyak gadoh and negatif tapi ada jugak pengajarannya,
diorang ni mempunyai semangat kerjasama yang kuat dalam group diorang, saling bantu-membantu,sayang bestfriends2 diorang and etc, secara keseluruhan pengajarannye lebih banyak kepada persahabatan :)


*ramailah jugak pelakonnya yang hansem2, heeheeee :P

ni antara pelakon yang aku suka:
yamada takayuki as tamao serizawa
dia jugak penyanyi :)
suka gaya and cara dia berlakon, smart and best :D







so that's all, tata :D

14 minutes 53 seconds

-24032011-

hey :)
arini tak de story ape2 kat sekolah..semua berjalan seperti biasa, hee..cume ni ade la story gedikz skit pasal tadi.. :D
ok time ni tgh otp with mat soldier, tgh bla bla cakap pasal hw
suddenly terpandang bawah then nampak serangga berkepak yg bernama kalikatur(btol ke ejaannye tu --') main cak cak atas seluar..
secara automatik terjerit kuatlah gak..haha -..-
serangga kcik je kot tp time tu sekali pandang je so ingat serangga besar, tak amati betul2 bentuknya sbb tu terkejut..haha -..-
ok seperti biasa selepas menjerit pastu gelak sebab terasa lawak n gedik plak kat diri sendiri jerit hanya sebab nampak serangga comel tu je..
dia pon gelak je, dapat bayang lesung pipit dia tengah showing off time tu..haha
:P
haih pape je nasib baik kat mat soldier je bukan kat dak laki lain tapi sempatla say sorry sebab wat eardrum dia gegar dengar jeritanku..hahaha :D
hihi so tu jela short story untuk arini. :)
haih dah ngantuk tapi bju tak gosok lagi, hw tak siap,
adush teruk betul, ok la nak out kang makin ngantuk plak sebelum siap buat semua ni..
heee tata :D

Nothing Impossible In This World

-23032011-

yo yo :D
huhu akhirnya sudah dapat smua markah for monthly exam ni :)
ada 1 D yg comel..
ok ku trima sbb mmg ku kurg study subjek ni..
haha.. -..-'
ku masih ingt ayt ni yg slalu disebut oleh mama and pakar2 motivasi :

brapa banyak yg kite usaha dalam sesuatu perkara tu hasilnya smela byk dgn ape yg kite usaha,
jadi kalau nk hasil yg terbaik, kite perlu usaha bersungguh-sungguh.
gagal sekali bukan gagal untuk selamanya, selagi ada masa, selagi tu la
kita perlu sntiasa berusaha dalam apa yang kita lakukan,
jangan pernah berputus asa dan
perlu berani untuk menghadapi segala perkara dalam hidup ini :)


insyaAllah, akan ku tingkatkan usaha untuk mid year exam ni, cube hindari gred D ke bwh..hihi :)

****

tadi semua pelajar SPM 2010 dtg untuk mengambil slip spm mereka :)
haih tadi time gaga announce spe yang dapat straight A, time tu la tengah belajar BI, cikgu plak suh duduk tak bagi usha2 kat luar tu..adush aku n hani tak senang duduk je, kejap2 terjengah-jengah kat tingkap nak tengok, walaupon tak da siblings ktorg yang amek result tapi rasa semangat nak tengok muka2 n reaksi senior ktorg cmne..haha..pastu bila masa BI tinggal lagi setengah jam, kitorg pon kuar, alasan cakap kat cikgu kata nak gi tandas tp sebenarnya nak gi dewan..haha bukan tipu ye sebab lepas gi dewan pastu gi tandas..hehe..
bila smpai je kat dewan, tengok2 kawan2 aku pon dah lama ada kat situ, aiseh rupenya diorang lagi semangat..haha..
lama la jugak ddk kat situ smpai la habis smua amek slip, pegi jumpa2 senior, jalan2 sana sini, and then tengok jam
kelas Add Math dah 20 minit start, pergh nakal betul aku se geng arini, selamber je masuk lewat kelas...
haih nasib masuk kelas tadi cikgu tak tanya lebih2..hihi..
so tu je la storynyee untuk arini, :)
tata :D

Sweet Moment

-22032011-
-11.06 p.m-




hey dah lama tak update blog, asyik on fb je smpai malas nak update blog, haha..
so pada 19032011 memang jadilah outing dengan kak sha and my sis..
oh also with kak sha's two younger brothers..
hee best betul tengok dua movie, first Rango and second, Hikayat Merong Mahawangsa :D
lepas tu gi jalan-jalan sekejap and then balik..
huhu tapi tak sempat nak window shopping usha-usha baju lawa T.T
huh it's ok la, lain kali je la..haha -..-
so tu je ar story pasal tu :)

****

heee syok jugak tadi buat hw last minute yang perlu dihantar balik nanti dengan mat soldier,
just we and nala je coz classmates lain dah balik padahal lagi setengah jam nak
bunyi loceng balik, diorang dah cau dulu sebab cikgu bagi balik awal -..- haha
so tadi wat keje sama-sama sambil sembang-sembang, mengukir kenangan baru, chewah ayat
tak nak kalah..haha..yeih happy la jugak sebab dah lama tak sembang, gurau-gurau giler dengan dia,
dia pun dah nampak lain skit, tak mcam perangai dulu, dah nampak lebih matured,
and rasa selesa sembang dgn dia, tak rasa kekok sebab dah lama kenal and pernah rapat dulu..hee kdg2 rindu our moment together time zaman dolu-dolu,
haaa dah dah tak yah nak ingat2, yang lepas biar lah lepas, tapi memang dah tak kan rapat la macam dulu, myb akan rapat sebagai classmates je la :)

k cau, have a nice night everyone :D

Happiness :)

-18032011-
-10.35-



hyee bersua lagi kita :) chewah ayat tak ley blah..haha
tadi on fb and terkejut la gak kenapa tetibe laju?
hihi smua dh khabar kan skrg fb smakin lembab,
dh smakin ramai yang hot dengan fb,
tapi kenapa lepas hujan and harini
tetiba jadi laju? haha
tu pun nak persoal kan, ape la aku ni, hehe
nothing just pelik jela,
adakah mungkin jadi laju disebabkan slepas hujan ni
or si pemilik fb tu dah betulkan ape yang patot?
haha ok kita tengok je la esok, adakah terus berterusan lajunya
or jadi slow balikk.. :) hehe

*****

yei esk dah plan, kakak and her bestie, kak sha will go outing at jj bukit tinggi,
so apa lagi aku pun join la, bunyi ayt mcam menyibuk je kan, hahaha
tak la, dah diorang ajak so join jela, takkan nak tolak peluang emas mcam ni, hehe :D
hoho harap2 menjadi la sok :)

ok good night everyone :D

My Journey For Today :)

-18032011-
-10.25 p.m-


heyyy :)
bestnya malam ni, sejuk je sebab baru lepas hujan yang teramat lebat :D

mencabar jugak tadi time kuar dengan family dalam kereta, memang hujan lebat sungguh,
angin kuat, kilat, guruh, wahhh dahsyat, sungguh menakutkan..
kat sepanjang jalan memang kebanyakkannya banjir kecil,
tadi pun dah cuak je time nak masuk satu simpang yang berbukit ni,
dek dalamnya air kat situ, hampir2 kereta nk stop, pergh...
alhamdullilah tak jadi pape,selamat ktorg masuk simpang tu,
nasib baik abah expert bawak kereta, dah tau nk control itu ini,
if tak and jadi pape memang wah takut betul mahu membayangkan apa yang terjadi -..-
and then time kat tol setia alam, smua lampu kat ats tol tu jadi wrna merah,
n then apa lagi, memang jam giler la, smua pelik je apasal tol tak berfungsi plak,
semua tol lak tu, tunai, touch n go and smartag,
semua berlawan-lawan tekan hon,
mcm2 jenis bunyi hon aku dengar harini, haha -..-
lepas dah lama2 cmtu lampu tu jadi hijau smula,
and i think bukan smua tol tu tak berfungsi tapi
rasanya lampu tu yang rosak coz
maybe effect from kilat tadi kot.
ada dlm 1 or 2 la tol yang tak berfungsi,
ramai pekerja keluar and buzy wat itu ini,
betul kan itu ini,
sempat la gak terusha sorg abg ni, boleh tahan hansem la,
dia tengah betulkan yang mesin touch kad touch n go tu,
myb dia engineer kot, hihi gatal btolkan sempat lagi nk usha..hihi
haha first time nmpk kejadian cmni kat tol setia alam
sebab tol kat situ jarang jam mcm ni,
slalunya lengang je sebab tak ramai lagi yang lalu kat situ..
memang mencabar sangat bila memandu dalam hujan yang lebat camni,
memang tadi bersalawat je banyak2, takut jadi pape, -..- huhu
ada skali tu tetiba hujan angin and then terlalu lebat smpai tak nampak depan kereta,
dah la banjir kiri kanan,
time tu dah dup dap jantung
takut terlanggar kerata lain ke, terlanggar tebing jalan ke
sebab memang tak nampak ape2 kat depan en,
abah pun bawak slow2 je,
alhamdullilah tak jadi pape, sekejap je keadaan camtu
tak lama lepas tu hujan lebat yang biasa je la,
yang bukan mencurah-curah smpai habis cermin kereta tak nampak
pape kat depan :) haha..
memang journey aku sekeluarga arini sangat2 mencabar..
apa pengajaran yang aku dapat arini ialah
yang pertama
kuasa Allah tiada tandingannya :)
bila tengok kilat yang memancar di langit tu, aku sangat2 kagum dengan kuasa Allah yang tersangat la hebat dan menakjubkan, bila tengok kilat yang menakutkan dan bila2 masa saja boleh menyambar aku, time tu memang terasa sangat yang aku hamba yang kerdil, yang banyak membuat dosa, yang belum bertaubat sepenuhnya,
dan aku bersyukur sangat ajal aku belum sampai lagi tadi,
masih ada peluang untuk membuat pahala dan bertaubat, alhamdullilah :)
yang kedua,berhati-hati memandu terutama ketika hujan lebat..
tolong la jangan speeding gila,mencilok sini sana,
banyak dah aku bca dalam paper, kereta terbabas, kereta meletup, kereta terjunam dalam gaung, kereta tersepit, dan bla bla, kalau kemalangan yang mcam ni boleh terjadi time bukan hujan, time hari yang terang, so apa lagi kalau time hujan kan? risiko lagi tinggi untuk kemalangan pada hari yang hujan mcam ni, so kepada pemandu di luar sana, bawa lah kereta dengan berhati-hati,
biar lambat asal selamat,
fikir tentang keluarga dan diri sendiri :)
so tu jela yang aku nak story :)
hehe..
tata and have a nice night :D




source: lovelythings.net

bila tengok gambar ni, teringat time kat pangkor aritu,
best sangat bila baring kat tepi pantai macam ni, melihat langit yang redup,
trasa angin yang lembut menyapa muka dan air laut
yang tenang dan sejuk serta ombak yang manja menyapa badan :)
sangat2 tenang dan damai :)

*tapi yg letihnya, lepas baring tu, penuh pasir dlm bju so terpksa celup balik badan dlm laut
n buang pasir tu.. jenuh jugak nk buang --'
haha :D

Thanks For The Memories, Friends :)

-16032011-
-9.03 p.m-



almost 4 months and above i didn't go out with my friends.. :"(
yeih, so sad..
saw the other friends can go out with their friends happily and got
permission from their parents easily so so make me jealous -..-
hurm, -____-
i miss the moment when my best friend(s) and i were studied together
at the library S.Alam, laughing and gossiping so loud until other people
staring at us, usha2 other people especially handsome boy, haha,
after that, walking to SACC mall to have a lunch, even though the mall is
far away from library but we enjoyed it because we have a time to continue
our gossip and joking around..haha after had a lunch, we walk again and transit
to all shop just for look around the things.. :D the shop that always we stop by
is Hinode, Lovely Lace, Giordano,Bonita,Mph,Speedy,Watson and etc :D
after walking around wasting time(haha -..-) ,
we go back to library and continue studying..boleh percaye ke study? haha..
i think we are more chatting than studying, haha -..-'
nakal btol zira dan kawan2nye kan?
hihi nvm, all the things that we do together leave us a very sweet and special memories
and now i miss all the memories not just the moment at the library
but all things that we did together :")
i hope they also miss our memories same as me :)



*****

* uh ouh i like the part when we are otw back to library and suddenly rain with the scary lightning, so we take a flee and running like crazy(boleh johan dlm lumba lari 100 meter tu)
haha so funny but i think it's one of the special memories that i ever had :D

*****

~ sorry if my english is broken, saya dlm usaha untuk mempelajari dan
memperbaiki percakapan saya dalam bahasa Inggeris serta berusaha untuk bercakap dlm bahasa Inggeris di mana-mana sahaja :) ~


morning :)



a very perfect morning today :)
so cold and peaceful :)
thank you Allah :)





hey i'm back :)
3 hari 2 mlm di pulau pangkor sgt mendamaikan :D
hehe..

tak sabar nk msk skolh next week,
menunggu result ujian aritu membuatku
tak senang duduk :D
haha..
tp dh ready,
walau apa pun markah yg dpt,
perlu redha dan mengambil iktibar :)


****

uh ouh, hujan ribut di luar..
alhamdullilah, sejuk ptg ni :)
oklah, mahu out :D
tata..
have a nice evening :)


*menikmati kopi panas di hari hujan mcm ni mmg best :D



Forget The Past, Think About The Future


yeii~
esok last exam.
tinggal subjek ICT je :)
tadi exam addmath and akaun.
akaun mmg pasrah jela, x berapa faham -_-
huhu..
hehe seronok betul jawab addmath tadi, boleh tahan senangla..
walaupun boleh jawab smua soalan tapi blom tentu lagi semua jawapan btol kan?
skrg ni tinggal berdoa je la semoga lulus subjek ni and subjek2 yang lain,
kalo boleh nak A+, insyaAllah :)
tadi pun dah sedih je sebab dpt paper math and bila tgk, dpt C :(
bersyukur tu mmg la bersyukur sbb x fail tp trasa sdih sbb
ingtkan boleh dpt B ke atas and yg membuatkan hati ni tercabar sgt2,
'mat soldier' tu dpt A!
pergh............
agak lemah la juga semangat nak jawab paper addmath tadi,
nak tgk muka dia pun dah x ingin, hati dah hot giler je..haha..
tapi bila fkir balik,
bnda ni dah lepas,
lagipun mamat tu mak dia mmg ckgu math, so mmg snangla
dia nk pass..
so bila dah fikir cmtu,
semangat naik semula and berkobar-kobar nak jawab
betul2 addmath ni, nk kalahkan dia,
buktikan girl can do it better than boy :D
hihi..
walaupun arini ada gak bnda lain yg wat aku sedih, tapi smua tu
aku nk cuba lupakan and x mahu fkir lebih2..

sok balik je skolah tros g pulau pangkor, parents ada kerja,
yes masa untuk menggembirakan hati
selepas exam :D
hrap2 la jgk bila kat sne, hati aku akan rse aman n tenang,
dan jgk dpt lupekan smua bnde
yang mengganggu sepanjang mggu ni, insyaAllah :)

MARCH :)

hey everyone!
cepatnye masa berlalu, tup tup dah
masuk bulan 3..
oh no!
lagi 7 hari je untuk study for ujian bulanan next week :(
dup dap..
walaupon hanya ujian bulanan je,
tapi aku mesti cuba yang terbaik dan
anggap ujian ini seperti peperiksaan yang terakhir dalam hidup
bak kata senior STPM yang mendapat
keputusan yang cemerlang hari itu :)
HEHE