My Journey on Saturday ; Part 2

Hey hey gua kembali,
sambungan dari part 1,
petang tu Mak long sekeluarga dan nenek aku dari Johor datang ke rumah aku.

malam tu,
kitorang pergi ke Plaza Alam Sentral,
then dalam pukul 8 p.m,
pergi ke I-City, Shah Alam :D
first time woo gua datang walaupun dah bertahun duduk kat Selangor,
muahaha.
tak disangka jalan sangatlah sesak semasa mahu memasuki tempat parking,
yelahkan malam sabtu -.-




dapat pula tempat parking yang agak jauh,
kenalah berjalan kaki,
ramai sungguh orangg~
































suka jalan disini, rasa cam berasa di zaman purba cina time perayaan mereka,
sebab ada lampu macam tanglung kat atas tu.
siapa suka tengok drama/movie purba cina dan korea, boleh rasa la kot ;) hee

















walaupun gelap sikit tapi aku suka gambar ni >.< haha


dan gambar ni dan dibawah ni juga >.< hahah


here we are :D


kat sini kawasan main-main game terutamanya untuk kanak-kanak,
kawasan ni kat bawah sekali, kena turun bukit sikit :)
nak sangat cuba game2 ni sebab dah lama sangat tak main 
tapi tak sempat sebab dah nak balik dah.










 berharap sangat lepas ni kalau main game ni, menang teddy besar tu >.<







banyak kedai jual macam-macam kat I-City ni tapi tak sempatlah nak singgah
ambil masa yang agak lama nak jalan-jalan kat sini sebab terlalu luas,
kaki pun dah sakit.
and sorry for the low quality pictures.
aku masih dalam process nak belajar ambil gambar terutama kat tempat yang gelap/kurang cahaya dan
malam.
lagi-lagi tak da speedlight, memang susah sikitla ;O

balik rumah lepas tu menghadap gerhana bulan pula sampai pukul 12+ p.m,
siapa tengok gerhana bulan sabtu tu?
lawa sangat ;")
konon bersemangat ambil gambar dengan pasang tripodnya
siap pasang lens 70-300 mm juga
tapi tak menjadi la gambar tu, kurang sharp :'(
takpela, masih belajar.
memang menguji kesabaran bila tak dapat ambil gambar yang di ingini.

k tamat cerita,
memang malam tu tidur dalam keadaan rasa cam nak tercabut kaki, bisa sungguh.
rasa cam baru daki gunung *ceh ye ye o je*

so good night guys :)






My Journey on Saturday ; Part 1

-12122011-

Ahaaa sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini *memang lama pun*
jadi pada malam ni nak cecita la journey pada 10122011 bersamaan sabtu yang lepas.
walaupun dah basi tapi nak cerita jugak! haha

pagi sabtu tu, aku dan Fiqa menyertai ceramah motivasi untuk calon
UPSR, PMR dan SPM anjuran Berita Harian di MSU, Seksyen 13, Shah Alam.
start pada pukul 8.30 a.m gitu.








and guess what?
tetamu undangan adalah Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan Malaysia!
hohoho teruja sungguh kitorang time beliau sampai tu,
bersinar-sinar je pandang beliau yang handsome, auwww :D 
HAHAH 
*gatalnyeww*














beliau menceritakan kisah dan pengalaman beliau semasa latihan untuk
menjadi angkasawan, semasa beliau di angkasa, bagaimana beliau berusaha sehingga berjaya 
dan memberikan nasihat serta
motivasi kepada kitorang dan ibu bapa yang hadir :)
sangat-sangat best dan awesome :D

masa beliau nak balik tu, 
ada lah seorang budak ni berlari-lari ke arah beliau nak
minta tanda tangan
dan sejurus budak tu pergi,
habis semua orang terus serbu beliau,
kesian pula tengok beliau kena kerumun camtu.
aku pun ada hati juga nak minta tanda tangan tapi dah tengok sesak
camtu, memang tak ar kan nak serbu.haha
so aku just pergi dan ambil je la gambar beliau.
haha




agak low quality sebab tak cukup cahaya.  kuang kuang.

lepas tu ada ucapan dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,
dan seterusnya bermulalah ceramah motivasi untuk calon PMR dan SPM,
ceramah motivasi untuk calon UPSR di dewan lain,
yang calon PMR dan SPM masih di dewan yang sama.
motivasi ni pun untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris je,
tapi ok la juga, 
sedikit sebanyak dapat la juga tips2 nak menjawab soalan untuk subjek2 ni :)

dalam pukul 2 p.m, tamatlah ceramah tu.
kitorang pun dah beku dalam tu,
sejuk yang teramat sebab tak keluar2 dari pukul 8 a.m.
mana la tak beku en -.- haha

ambil sijil dan
lepas makan tengahari, round2 sekitar MSU, 
ada beberapa event MSU tengah diadakan,
ada kiosk yang mempromosikan aliran-aliran yang terdapat dalam MSU ni,
ada jual2 makanan dan kiosk yang berkenaan dengan kesihatan, boleh cek darah rasanya.
tapi aku tak tengok sangat sebab time tu tengah cari surau.
suka oh kawasan MSU ni,
sebab masih baru dan lawa rekaan nya,
paling suka surau kat situ,
rasa aman je,
carpet pun gebu2 rasa cam nak guling2 :P haha

so itu sajalah journey pada hari itu,
ada lagi, tapi entry seterusnya :)


Pra Olimpik

-27112011-

lepas tengok bola,
dan menyaksikan Malaysia kalah dengan Bahrain
2-3
terus je rasa emo semacam dan dengar lagu yang sedih2, jiwang2
eh jiwang?
haha tengah2 emo tetiba teringat kat dia plak sebab baru lepas chat dalam FB 
walaupun sekejap.
haha entah kenapa la dengan mood aku.
bercampur-aduk. kehkeh.

sangat-sangat terkejut, tinggal lagi 20 minit dan Malaysia telah berjaya 2-0
tetapi malang tidak berbau, tuah tidak disangka,
dalam masa 5-6 minit Bahrain berjaya kumpul 3 goal terus,
woahhh terkejut badak air aku..
caya laaaaa...

ternyata semangat Bahrain tetap kuat walaupun Malaysia dah mendahului mereka dengan 2-0 pada awalnya

kalah menang adat perlawanan,
walaupun kemenangan tidak berpihak pada kita
aku sentiasa berbangga dengan Malaysia, 
mereka dah buat yang terbaik,
perlawanan kali ini memang bersemangat sangat diorang.
insyaAllah lepas ni kita akan berjaya lagi :)



OFF. night :)





Tahun Baru Islam :)

-26112011-

Selamat Tahun Baru Islam :)
Salam Maal Hijrah :)



Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) 
dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). 
Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) 
dan doa awal tahun (1433H) ini 
supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan 
mendapat keampunan Allah SWT,
InsyaAllah


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.






Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.







Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Sumber: http://sitik.wordpress.com


Hobi

-25112011-

hey semua :D

harini aku ingin berkongsi tentang hobi.
anda ada tak hobi yang pelik sejak kecil?

aku ada 1 hobi yang agak pelik sejak sekolah rendah
iaitu mewarnakan gunting dengan marker.
HAHA  


tapi sejak kebelakangan ni, dah hampir lupa dengan hobi ni.
bila tengah kemas-kemas alat tulis aritu,
terjumpa gunting lama sejak sekolah rendah yang kesan marker nya dah
pudar.
then baru teringat time sekolah rendah dulu, rajin betul
nak mewarna kan gunting.
haha tak de kerja betul.

so apa lagi, rembat kakak aku punya marker,
dan mulakan lah operasi mewarna gunting tu..
hehe :P



SEBELUM






SELEPAS


tadaaaaaaa :D
hohoho

 agak2 ada tak yang berkongsi hobi yang sama?
cecite cecite

Yihaaa~

-22112011-

heyyyoo
semakin lama semakin malas mahu menghupdate blog buruk ni,
tapi disebabkan bosan yang melanda dek tak de siapa yang on9 yang boleh di bawa borak dalam FB,
jadi baik bawa diri ini ke alam blog pula, chewah gitu.

*********

tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjadi juara dalam perlawanan bola sepak, Sukan Sea semalam,
sangat bangga akan pasukan negara ini.
menjerit, melompat aku 1 keluarga bila tengok goal terakhir yang akhirnya telah berjaya menumpaskan pasukan Indonesia.
wohaaaa..

walau ape pun, kalah menang adat permainan, 
tiada guna nya menunjukkan tidak puas hati dan amarah dalam diri tu.
 keputusan tetap muktamad dan tidak boleh diubah.
  cara nak menang atau berjaya dalam sesuatu tu adalah USAHA. 
tanpa usaha lebih, kejayaan sukar untuk dikecapi. :)

**********

Birthday Kak Elya harini.
Happy Birthday Kak Elya,
Semoga Dipanjangkan Umur
dan
Dimurahkan Rezeki :)

**********

Bela Lemak

-19112011-

heyy u ollz :P

setelah sekian lama, baru terasa ada mood nak mengupdate blog buruk ni.
sepanjang cuti ini, masih belum terasa 100% boring, baru dlm 5% je sebab
banyak benda lagi yang nak dibuat.
main game sims 3 dlm lappy, on9 dan chatting dlm FB dan Skype, gelak sampai sakit perut dengan kawan-kawan, baca novel yang berlambak lagi tak dibaca, dan pelbagai lagi aktiviti yang masih mahu tapi malu * lol dan tak jemu dilakukan ;)

sejak cuti ni juga, terasa pipi semakin naik :( huwarghh
malu je semalam pergi sekolah ambil duit RM 100,
bila pakai tudung sekolah, perasan sangat yang pipi kembung sikit 
berbanding biasa. *padan muke

k, ni baru seminggu lebih cuti, belum genap sebulan lagi,
apakah agaknya nasib pipi comel gemuk ku nanti -..- hee
bila cuti panjang ni, susah nak control makan.
asyik makan eat makan eat makan eat,
buat kerja rumah pun bukanlah berpeluh-peluh macam berjalan-jalan kat sekolah.
kalau pergi sekolah, merempat 1 sekolah, dah berpeluh-peluh cair lemak dah
tapi bila duduk rumah.............huhuhu..
tetiba rindu sekolah :P hokhok 

nampaknya disiplin perlu ditingkatkan.
harus bijak mengawal nafsu makan dan mengurangkan aktiviti yang banyak lepak-panas-kan-punggung-di-kerusi, sebagai contoh : main game berjam-jam.
kata nak study tapi minggu ni masih belum terasa nak study..
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa 
insyaAllah minggu depan ;) kehkeh

semakin lama menaip, semakin banyak perkara mahu dimerepek dikerepek kan,
so 
tataaaaaaa~


note: ehh esok 20112011 la, comel je tarikh tu ;) hee


Célébrer #part 2

-12112011-

hey peoples
currently sangat bosan sekarang,
jadi daripada masa terbuang begitu sahaja,
baik buat entry baru dan baca blog orang lain ;)
heee poyo je den..
sebenarnya memang niat nak mengupdate blog pun,
bukan sebab bosan baru nak update, kihkih >.<

pagi tadi celebrate birthday yang dipost pone kan bersama keluarga tersayang :)
makan-makan di Secret Recipe dan lastly ke Tutti Frutti..

tak tau nak cerita apa, 
tengok jela gambar ni :


minuman kegemaran, ice blended Green Tea :D


chocolate cake, agak pekat ar juga rasa coklat dia..
sesiapa yang terlalu obses dengan coklat mungkin suka la..
hee



tak ingat ape nama dia, tapi ni keluaran terbaru, nyummehh..
 i loike cheese <3 sebab tu gemuk kuikuikui





perisa Peach dan Yakult..haha tak sangka ada perisa Yakult -.-


makanan berat time kat SR tu tak sempat plak capture sebab dah meleleh tengok kelazatan nya
 then terus ngap sampai licin..
haha ayat cam tak senonoh je.

*****
akhir kata,
dipanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan aku peluang menyambut
birthday bersama keluarga dan kawan-kawan tahun ini tanpa sebarang masalah 
dan dapat pelbagai benda dan perkara yang membuatkan aku gembira..
Alhamdullilah..
terima kasih Allah :')

harap-harap tahun-tahun yang akan datang diberikan lagi rezeki 
yang sangat-sangat ku hargai seperti ini lagi..Amin :)