Beraya 2011

-10092011-



heyy heyy #ignore gambar atas :P
harini aktiviti beraya untuk tahun ini telah bermula..
pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuhi (macam daki gunung je)
perut dah penuh dengan macam2 makanan terutamanya kuih2 raya dan kerepek..
dipendekkan cerita sebab penat mahu bercerita panjang,
harini beraya 6 rumah je..banyak lagi rumah nak pergi tapi tuan rumahnya tiada serta masa dan keadaan juga tidak mengizinkan ;)

gambar di bawah ni time tengah lepak jap kat Pak Li Kopitiam
membasahkan tekak yang tak seberapa nak kering ni
sambil menunggu pukul 2 petang sebab open house Fatin start pukul 2..hehoheho


nak show off betul nama kopitiam ni, hehe


slurp slurp

happy betul dapat merasa ice blended chocolate..haha :P



ni time selepas pergi menyinggah 7 Eleven beli plaster
boleh plak kaki ku melecet time tengah berjalan-jalan tu, dah menyinggah banyak rumah baru beli plaster tu, so bayangkanlah sebelum2 tu betapa menderita habisnya kulitku yang licin mulus ini #boooo ar

dan hampir2 la nak beli selipar murah kat kedai mana2 sebab dah sakit sangat dan ada la juga orang tu pun nak join juga beli sebab sakit kaki pakai wedges, agak2 siapakah gerangannya dalam 4 orang di atas ni yang dimaksudkan? siapa dapat teka dapat 20 sen :P hahah
tapi tak jadi sebab boleh tahan lagi dan aku pun dah beli plaster yang coraknya agak taknak kalah, cartoon haiwan-kanak-kanak-riang gitu (sebab dah takda corak lain so terpaksa jela beli -.-) tapi omey gak sebenarnya..hahaha

so tu jela,
tak dapat nak cerita semua pengalaman pahitmanismasammasin untuk harini
sebab dah penat bangat -.- hehe
tata

2 comments:

syahirooAhmad said...

haa.. ni mesti pakli seksyen7. kan?

ZiRa :) said...

haah..mcm tau2 je :P hehe