Borangan

-6072011-

hey semua :)
harini nak cerita pasal berangan..
siapa suka berangan, angkat bulu mata!
ok dah dah cukup, tau la bulu mata korang lawa-lawa en ;)
hihi..
act, terlalu banyak benda yang aku berangan,
tapi nak cerita 1 je la..
tahun ni aku berangan ada budak baru masuk kelas aku..
tak kira lah laki ke perempuan, kalau laki pun ok jugak :P hehehe..
ok ni kalau laki la,
aku jadi rapat dengan dia, dia suka aku, aku suka dia..ceh ceh tak nak kalah gitu..
ok dah nama pun berangan mesti lah nak mengade ngade sikit kaaann, eleh macam la korang tak pernah nak berangan gitu..hehe..

ok untuk pelajar perempuan baru pula, tak de la nak berangan sangat sebab tahun lepas dah pernah dah terjadi, ada budak perempuan baru masuk kelas aku..memang jadi rapat lah, keluar outing bagai, selalu lepak-ing kat playground, then sekarang dia dah pindah ke Ampang..hurm sedih la juga sebab tak dapat nak cipta kenangan banyak-banyak dengan dia, dapat setahun je..

ok berbalik pada berangan, harap-harap sangat ia nya terjadi, bukan nak menggedik, tapi just nak mencari kawan rapat/baik lelaki, bukan tak cukup ada kawan rapat perempuan, tapi sebab dah terlalu lama tak de kawan baik lelaki, yes malas nak ungkit perkara lama camne aku boleh kehilangan kawan baik lelaki, benda dah lepas en..
tapi kalau memang tak de lelaki yang boleh ngam jadi kawan baik aku suatu hari nanti, tak pela, aku bukan nya desperate, kalau tak de takpe, kalau ada tu ada la, syukur je la..cukuplah ada kawan-kawan baik perempuan yang memahami en? syukuri apa yang ada bak kata D'masiv dalam lagunya Jangan Menyerah ;)


mungkin ada yang mengatakan "elleh, apa la kau ni, berangan entah pape, buang masa je, baik pergi study ke, tolong mak masak ke"
yes memang betul, daripada berangan baik pergi study ke apa ke tapi hello, tak salah ok kalau kita berangan, berangan ni hanya aktiviti sampingan je, yang penting jangan la berangan yang sampai dah tak ley buat kerja lain, sampai makan tak selera, sampai mandi tak basah, tu dah tak normal la..sebenarnya berangan ni membantu kita untuk lebih semangat membuat sesuatu, contohlah ada yang berangan nak jadi doktor, dia nak jadi doktor yang terbaik, then 1 dunia kenal dia, secara tak langsung bila dia berangan camtu, dia akan menjadi lebih semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita/impian dan angan-angan dia tu..yang penting adalah selepas berangan tu, kita berusaha untuk mencapai nya..

Berangan lah seberapa jauh yang anda inginkan. Kejarlah impian. Minta padaNya dan usaha untuk medapat keredhaanNya. Insya Allah, tercapai juga impian anda satu masa nanti. Kalau bukan sekarang, mungkin masa ada yang kurang lagi. Muhasabah diri dan lihat mana silapnya.

petikan dari khairulfadhli

eh eh apasal aku bertaklimat pasal ni pulak, haha saja nak meluahkan pendapat dari dalam hati ni bagi yang tak suka fikir positif pasal topik ini..apa-apa pun kata-kata semua ini tidak dituju pada sesiapa, cuma luahan dari fikiran dan hati seorang insan biasa :)

ok la itu saja kawan-kawan,

have a nice night,
jangan berangan yang bukan-bukan tau #hehe tetibe
tata <3





No comments: