1 murid 1 sukan 1 malaysia

-2072011-

hey semua!
harini 1 Malaysia buat larian merentas desa sejauh 1.6 km gitu..
korang semua pergi tak? ke duduk goyang kaki depan tv je? :P hehe
sesiapa yang pergi tu akan dapat 17 markah koku dan sijil peringkat kebangsaan tau! :D
ok untuk kat Shah Alam, aktiviti tu buat kat padang kemerdekaan, dekat-dekat dengan muzium tu..tadi sampai2 je dalam pukul 7 tu dah ramai bangat orang, sesak cam sardin dalam lori, nak daftar pun susah, tercari-cari guru kelas dalam ramai-ramai tu..huh nasib baik Hani dah tolong daftarkan nama aku ;) hihi
then lepas daftar tu, kitorang pun lepak-lepak la jap kat padang tu, orang lain sebok aerobik, warm up semua, kitorang sebok sembang, gelak-gelak dan ambil gambar, bagushh tak? tak bagush tak bagush..haha :P








(gambar agk byk noise, kurang sharp plak bila masuk dalam ni -..-)










bila dengar bunyi tembakan, barulah kitorang bergerak ke jalan raya, haha..



ewah, laju nye lari :P



bergegar jalan dek ramai nye orang :P haha


antara sekolah yang terpilih, SMK Seksyen 9,


SMK Seksyen 7, SK Raja Muda, SK Bandar Anggerik



SSAAS dan banyak lagi, tak ingat la semua..
oh oh sekolah sukan pun ada, semua mamat body mantop, taff duhh..haha gataii plak :P :D



kitorang se-geng tak lari pun, tak ley nak lari kot, sesak sangat..haha..
k sudah selesai berjalan, duk lepak jap..





antara aktiviti selepas nya,
pancaragam, cheerleading, persembahan nyanyian, persembahan
gimnastik artistik dan lain-lain lagi
tapi gambar pancaragam je sempat ambil, yang lain tu tak sempat+khusyuk sangat sampai lupa nak ambil+sesak sangat+tak best untuk diambil gambar, haha :P




then lepas tu berjalan kaki lagi pergi Sacc, tengok-tengok tak bukak lagi kedai-kedai semua, yelah baru pukul 10 time tu, pekerja pun ramai tak datang lagi, kitorang je cam orang gila merayap dalam tu, haha dah merayap dalam tu, pergi PKNS pulak, round2 then dalam pukul 11, pergi balik ke Sacc, melantak kat Noodle Station, semangat promote kat diorang yang paling sedap thai noodle spicy :) hehe


menunggu hidangan dengan penuh kesabaran :P




yeih ice blended cappucino with chips chocolate, eh cappucino ke coffee je eh, hmm tak ingat plak..hahah..sedap auuu, dia blend chip chocolate tu, sedap macam aku buat jugak..haha #tetibe

then hidangan pun sampai, dek terlalu banyaknye mee tu 1 pinggan besar, diorang tak habis makan..aku je habis, mudak baik kan, tak elok membazir..hahaha jangan marah,korang :P

lepas melantak tu, pergi la jalan ke Convention Center, dekat dengan SACC tu, ada pesta buku, aku beli 1 je novel, Nuansa Kota Merah..syiok jugak novel tu walaupun baru je baca separuh ;) hihi..
selepas itu, pergi jalan ke PKNS semula, window shopping, tergelak-gelak sakan dalam gedung tu, cam tak nak kalah, kitorang je yang kecoh dalam gedung tu, haih anak sapo la tu, buek malu mak bapak jewwww :P hihi..then aku jumpa 1 cardigan warna merah hati, beli sebab warna dia lawa dan kena dengan size aku, lagipun aku kekurangan cardigan sbb susah nak cari size, selalu jumpa mesti lengan sempit mempit rempit, opss :) hehe..
lepas bayar, round2 marry go round lagi, memang tak boring round tempat yang sama bila dengan kawan-kawan ni, syiok je <3
dalam pukul 2 baru aku balik, memang best sangat harini,
tak terasa penat sangat..
happy dapat outing dengan bestfriends walaupun tempat yang dekat-dekat je, tempat tak kisah, asalkan happy dapat meet each other :)

ok la itu sahaja untuk kali ini, sekian terima kasih :D

No comments: