Tuesday :)

-26072011-


hey readers :D
yaww hari ni dan esok aku tak perlu ke sekolah :D
sebab apa?
sebab hari ni Hari Sukan dan esok pula cuti sempena hari sukan tu..
actually cuti tu juga digabungkan sekali dengan cuti sempena 1 murid 1 sukan 1 malaysia..memang saja je kan tak bg kitorang cuti dua kali.. -.-

haha tapi takpe la sebab harini pun dah kira cuti la juga bagi aku sebab tak pergi pun hari sukan tu..hmm ada la sebab2 yang tertentu kenapa tak pergi..hihi tapi insyaAllah tahun depan aku pergilah sebab tahun yang terakhir kan menjadi pelajar sekolah menengah..chewah..haha..

hmm plan pada hari ini nak study di awal pagi, tak pun, nak siapkan kerja sekolah..tapi entah nape selepas menikmati nasi lemak sambal ikan bilis tersedap di dunia ditambahkan pula dengan ayam goreng yang rangup sehingga menjilat gigi, tetiba terasa cam nak lepak jap sambil menonton movie..haha terok punye perangai kan, ecehh macam la korang tak pernah kan jadi camni #nak samakan juga dengan orang lain, ayat nak cover je :P

jadi, movie yang terpilih pada hari ini adalah...
jeng jeng jeng..




semangat nak tengok cerita ni sebab :

1) tak dapat nak tengok time ditayangkan kat wayang
2) ramai cakap filem ni adalah diantara filem yang agak seram daripada filem2 yang lain
3) tengok trailer macam best je

k, bila dah tengok rasanya tak dela seram sangat..nak tau kenapa aku kata tak seram sangat?
sebab time hantu dia nak keluar dan main cak-cak dengan muka comelnya, aku scroll kan sikit video tu ke bawah..so tak nampak sangat la hantu nya dan tak juga merasai ke-seram-annya sangat..muahaha :P
sesiapa yang penakut nak tengok cerita hantu sorang2, boleh lah mengamalkan tips ini, dapat mengelakkan jantung anda daripada berdegup kencang bagaikan ribut dan menjaga anak tekak anda daripada menjerit ke-histeria-an..hehoheho

keseluruhan filem ni aku boleh bagi star 3/5 la..
ada beberapa scene yang tak berapa best dan serabut sikit..

apa2 pun tahniah la kat pengarah filem ini sebab dah berjaya menghasilkan filem yang sedikit sebanyak memberikan juga pengajaran kepada penontonnya.. :)


ok, itu sahaja untuk hari ini, nantikan entry yang seterusnya pula :D
tataaaaa~



p/s : tekan perkataan 'khurafat' tu untuk ke link video filem itu..btw,video tu tak berkualiti sangat dan kurang sharp, disyorkan beli lah cd original untuk mendapatkan kualiti yang baik, nak tengok hantu dengan lebih jelas pun senang, kuikuikui ^.^









No comments: