Bagaimana Untuk Atasi Kegagalan:

Berkawan rapat dengan seseorang yang memahami anda, memahami aspirasi anda dan tahu apa matlamat anda.

Kita memerlukan seseorang sebagai orang yang memberi semangat pada diri kita.

Pada orang ni lah kita curahkan segala kesedihan, kesengsaraan.

Pada dia jugalah kita titiskan air mata dek tak tahan menanggung kesusahan.

Nak berjaya bukannya mudah. Banyak cabaran menanti.

Setiap cabaran tu akan mengguris emosi kita dengan pedih sekali.

Kita perlukan seseorang untuk kita luahkan perasaan supaya kita rasa tenang dan supaya kita bersemangat semula.

Kalau tak ada seorang kawan yang memahami, kita tak tahu bagaimana mahu melepaskan tekanan emosi.

Kita akan jadi murung, terlalu sensitif hingga hilang pedoman meneruskan hidup.

Tetapi, ingatlah, jika kita tidak menjumpai kawan yang memahami diri kita, kita masih ada kawan yang terbaik dan setia menemani kita.

Kawan terbaik tidak lain tidak bukan adalah ibu atau bapa kita sendiri sebab mereka memahami kita luar dan dalam.

Ibu dan bapa kita menyaksikan kita membesar di depan mata.

Hanya mereka yang betul-betul faham kita ini bagaimana.

Jika anda menghadapi apa-apa masalah berat, luahkan di depan ibu atau bapa anda, atau kedua-duanya sekali.

Menangislah semahu-mahunya untuk melepaskan tekanan.

Kesannya anda akan rasa lebih selesa selepas itu, tekanan mengurang, anda rasa optimis mengejar matlamat.

Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anaknya berjaya.

Beritahu apa matlamat anda pada mereka, dah tentu mereka sokong punya. Minta doa restu daripada mereka.

Perlihatkan pada mereka anda seorang yang rajin, bekerja keras mencapai kejayaan supaya mereka merasa bangga.

Bila hati mereka sudah bangga, pasti ada redha.

Redha Allah pada usaha kita terletak pada redha ibu bapa pada diri kita.

Mudah-mudahan dari redha yang kita dapat tu, perjalanan kita menuju kejayaan dipermudahkan.

No comments: