Nasihat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Ali r.a

-3112011-

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut..amiin..

1 comment:

erleena said...

wahhh
info y nice ;)

dear wt la pop up coment :)