Study, Makan, Gelak

-27102011-



alhamdullilah pulang ke rumah dengan selamat dan kekenyangan :D

journey untuk harini, chewah journey konon,
aku pergi library awam di Seksyen 13, Shah Alam bersama kakak ku, 2 org kawan kakak ku, sorg adik kawan kakak ku, dan seorang kawan ku Hani Sede (semua nak ada 'ku' kuikuikui)

dengan Hani, bincang2 pasal folio Akaun yang berlambak tak siap lagi then solat dan selepas itu jalan2 jap,
wahh cafe lib dah bukak ohh tp makanan skit glerr..
ada nasi campur tp dah sikit sgt lauknya, byk dah nak habis
jadi aku hanya beli kek yang belang2, (apo tah namo nye haih) dan kek pisang.
wah sedap naaa, skali makan rasa nak lagi, eh memang betul pun, aku siap beli lagi 1 kek belang2 tu 
( sebenarnya lapar, memey ar tak cukup 1..kahkahkah )
harga pun takde lah mahal mana, sekitar RM 1-2 sajoo..

aku berharap sangat kalau suatu hari nanti kat cafe tu akan bukak

*Mcd


atau 

*Dunkin Donuts


atau

*A&W


atau restoran2 lain yang sedap2 makanannya,
berani wa kata, tak mungkin akan bankrup kalau bukak kat lib tu,
mesti laku dan untung,
memang la kawasan cafe tu agak kecik, tapi  kalau setiap kedai dibuka walaupun mungkin secara kecil-kecilan sahaja dan menjual pelbagai makanan yang sedap dan menarik, siapa yang tak nak datang kan?

ok stop pasal restoran,
lepas alas perut 
sambung buat kerja, dan pukul 4 cau.
singgah restoran Tirai dan melantak char kue tiaw penang plak, char kue tiaw la sgt,
kering kot mcm kue tiaw goreng, tapi sebab dah lapar semula dan sedap, lahap jela :D
kat restoran ni yang paling sedap nasi briyani ayam dan kambing, sedap hingga menjilat dahi gituw : d
euw dahi? HAHA

balik tu hujan dah lebat,
kakak ajak singgah Tutti Frutti,
menikmati frozen yogurt sambil menunggu hujan reda.
dengan perut yang buncit penuh kue tiaw,
melantak plak froyo tu,
walaupun cuma froyo, yang ciri2 nya seperti ice cream sahaja,
tapi ia mampu membuatkan perut anda yang buncit dengan makanan itu jadi semakin buncit,
eh kenapa perut anda plak, perut aku la kan..hahah :D

akhir kata, janganlah makan terlalu banyak, nanti jalan tak seimbang :)
acehh tetibe je..haha

 k, cau





No comments: